Assalamualaikum wbt...
Untuk n3 kali ni bonda nak bercerita tentang menu pula...
Bosan juga bila balik kerja kena fikir nak masak apa...
Ya la, kalau hari-hari makan nasi naik jeeemu jadinya...
Makanya, bonda sendiri fikirkan untuk kelainan menu...
Kalau tanya en. papa, mudah sahaja jawapannya "Sayang masak la apapun"
Hahhh, kan buntu memikirkan nya...
Untuk itu, terciptalah menu "Roti John Ikan Kurung"
Bahan-bahan :-
1. Roti (bonda guna roti petak macam roti ais krim tu)
2. Sardin (ikan kurung)
3. Sayur
* Lobak merah - sayur wajib nurul Iman
* bawang (potong dadu @ hiris halus)
* salad (bonda ricik/hiris halus sebab kalau nmpak dek insyirah cmfirm dia tak mkn so bonda kene kreatif supaya insyirah makan sayur dalam menu ni)
* cili merah (hiris halus)
* sayur-sayuran ni ikut citarasa sendiri sebenarnya
4. Telur
5. Garam
6. Serbuk Lada hitam (ini kegemaran bonda, jadi bonda bubuh la sket)
Cara-caranya :-
1* ricik / hiris segala sayur (bawang, cili merah, salad dan lobak merah)
2* lenyekkan "ikan kurung" (sardin) dan taburkan garam beserta serbuk lada hitam
3* Satukan sayur dan sardin yang telah diperasakan tadi kemudian pecahkan 2biji telur dan ratakan
4* panaskn kuali leper, griskan dengan planta
- bile planta dah mencair dan panas, sedukkan campuran telur bersama sayuran tadi ke atas kuali
- apabila campuran telur tadi agak garing, boleh lah ditekapkan roti ke atas campuran telur dan sayur.
- apabila da cukup masak, bolehlah diangkat
- kemudian, bonda picitkan sos cili dan mayonis lalu ditekapkan.
Akhirnya, SIAPPP
untuk memudahkan acara menjamu selera, bonda potong kepada 4 bahagian bagi setiap 1 roti
Alhamdulillah, kenyang sekeluarga 4 beranak.
Sekian,
luv insyimanhafiz,
peace(",)