GEORGETOWN:
Kerajaan Negeri dan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) akan menerima
rangsangan pelaburan baru apabila pusat membeli belah IKEA yang dibangunkan
oleh Ikano Pte Ltd akan dibina tanah seluas 98 hektar di kawasan Batu Kawan,
Seberang Perai Selatan (SPS).
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, berkata selain pusat membeli belah
IKEA, kawasan itu juga akan didirikan pejabat serta kediaman yang akan
dibangunkan bersama Aspen-Ikano (syarikat usaha sama yang akan dibentuk oleh
Aspen Wawasan Land Sdn Bhd dan Ikano Pte Ltd).
“Keseluruhan pembangunan komersial di kawasan tersebut
dijangka siap dalam tempoh 10 tahun dari tarikh perjanjian," katanya pada
sidang media bagi mengumumkan perkara tersebut di pejabatnya di sini, hari
ini.
Beliau berkata jumlah kos tanah bagi projek berkenaan ialah RM483.95 juta dan
bayaran perlu dibuat dalam tempoh 60 bulan dari tarikh perjanjian, manakala
deposit sebanyak RM5 juta yang dibayar kepada PDC juga tidak akan
dikembalikan.
Katanya dengan adanya pusat menbeli belah IKEA di kawasan SPS, ia akan berupaya
membangunkan kawasan di bahagian tanah besar sebagai destinasi pilihan yang
menarik untuk belajar, bekerja dan hidup dengan baik serta selesa.
"Kita sangat bangga kerana IKEA telah memilih Pulau Pinang sebagai
destinasi pertama untuk pembukaan perniagaannya di luar Kuala Lumpur, selepas
ini penduduk Pulau Pinang tidak perlu pergi ke Petaling Jaya untuk membeli
belah di IKEA," katanya.
- BERNAMA
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, berkata selain pusat membeli belah IKEA, kawasan itu juga akan didirikan pejabat serta kediaman yang akan dibangunkan bersama Aspen-Ikano (syarikat usaha sama yang akan dibentuk oleh Aspen Wawasan Land Sdn Bhd dan Ikano Pte Ltd).
Beliau berkata jumlah kos tanah bagi projek berkenaan ialah RM483.95 juta dan bayaran perlu dibuat dalam tempoh 60 bulan dari tarikh perjanjian, manakala deposit sebanyak RM5 juta yang dibayar kepada PDC juga tidak akan dikembalikan.
Katanya dengan adanya pusat menbeli belah IKEA di kawasan SPS, ia akan berupaya membangunkan kawasan di bahagian tanah besar sebagai destinasi pilihan yang menarik untuk belajar, bekerja dan hidup dengan baik serta selesa.
"Kita sangat bangga kerana IKEA telah memilih Pulau Pinang sebagai destinasi pertama untuk pembukaan perniagaannya di luar Kuala Lumpur, selepas ini penduduk Pulau Pinang tidak perlu pergi ke Petaling Jaya untuk membeli belah di IKEA," katanya.
- BERNAMA
fuuhh..suka la adik su ada ikea ni ..dia duk sana..
ReplyDeleteHehehe...kite pon suke la klw btol ikea ade kt cni...slalu bace blogger susunatur trun ikea...kite cni blh bace je la...nk g x kesmpaian....
DeleteKn turun PJ gak....sbb lmbt lg nk bukanya....hihihi...
ReplyDeletewah..iKea pecah pi utara tu..syioklah orang utara nanti.. ")
ReplyDelete