Monday, August 15, 2016

#SusunAtur : Surat Untuk Difailkan

Assalamualaikum wbt...
Haiii, ape khabar semua???
Bonda harap korang sihat² sejahtera di bawah lindunganNya...
Aminnn...

Malas la nak berleter panjang,
nanti korang jemu plak baca, hehehe...
Tapi disebabkan tajuk n3 berkaitan kerjaya bonda,
makanya kena juga la bonda menceceh sikit kan...hahaha
korang kalau nak memahami isi n3 seterusnya kene baca dr mukaddimah ni taw...

Alkisahnya bermula di sini...
paaada suatu hari...
di sebuah pejabat...
(cittt...,,, poyo sangat intro ni)

mey kita ringkaskan cerita...
bonda ditempatkan  di posisi admin di cawangan yang bonda bertugas sekarang sejak bulan Februari yang lalu...
Bila sebut admin, korang pon for sure tahu serba sikit bidang tugas di posisi tersebut kan???

SURAT boleh dikatakan setiap hari akan masuk...
kadang² petang hari bila dah nak balik pon surat still masuk...
so, keesokan hari lah baru bonda boleh  forward ke dalam bilik boss utk diminit seterusnya tindakan susulan dr bonda...
dah habis tindakan susulan seperti untuk makluman, edaran dan sebagainya,
surat berkenaan haruslah difailkan untuk rujukan di masa akan datang...

taaapiii...
bonda pon bukan la buat kerja admin semata-mata...
ada juga kerja yang lain bonda buat yang perlu kejar dateline untuk mencapai KPI yang telah disasarkan...
Makanya,
berlakulah penangguhan untuk proses penyimpanan surat-surat yang telah selesai tindakan susulan ke dalam fail pentadbiran cawangan...

Kerja admin ni x pernah habis...
Tapi kalau korang yang buat kerja admin  tu boleh siapkan semua kerja
dalam masa sehari dan tak bertangguh, bonda tabik spring sama lu orang...

Antara surat-surat yang membiak dengan cemerlang atas meja kerja bonda.



Ok,
ceritanya bila bonda tak sempat nak simpan surat-surat yang selesai tindakan susulan.
Maka, terjadinya lambakan surat-surat yang tidak disimpan dalam fail pentadbiran cawangan.

Prinsip bonda mudah,
work smart bukan work hard

Kerja tu, tanggungjawab yang memang telah diamanahkan kepada kita...
Bak kata P.Ramlee,
"selagi belum tutup mata, kerja...kerja...kerja..." - huhuhu

Masa sedang kemalasan nak menyimpan segala surat-surat yang terus bercambah dengan jayanya atas meja bonda...
tiba-tiba.... (wahhh suspend ni, hahaha)

tiba-tiba...
lampu mentol tepi kepala bonda menyala...
idea sudah mariii untuk mempercepatkan kerja bonda...
yeayyy (tepuk tangan kuat-kuat, hahaha)

AAAPAKAH???

1.



2.



3.



4.



5.



6.



7.



8.



9.



10.



Tadaaa.......
Mulut Buaya @ paper clip  berlabel



A - Mewakili Laci A

B - Mewakili Laci B

C - Mewakili Laci C

dan

Label Fail Timbul dikhaskan untuk surat-surat yang akan dimasukkan ke dalam Fail Timbul.

Ya, bonda asingkan surat mengikut laci sahaja tapi
pada setiap surat bonda da labelkan mengikut slot fail ( A1, A2, A3 dan sebagainya)
untuk memudahkan kerja-kerja penyimpanan surat mengikut fail yang sepatutnya.

Sebelum ni, bonda memang dah asingkan setiap surat mengikut laci  A B dan C tapi,
bonda kepilkan dengan paper clip yang biasa tu je...
dan selalunya surat-surat yang kekonon telah dihajatkan untuk disimpan ke dalam fail pentadbiran cawangan tu, akan tergendala begitu sahaja.

Kemalasan tu wujud sebab sentiasa fikir
banyaknya nak simpan setiap surat yang berlambak walaupun telah diasingkan.

proses mengasingkan surat mengikut label laci

Namun,
setelah diasingkan surat mengikut laci lalu diklip dengan mulut buaya berlabel  tu tak dinafikan sepantas kilat bonda terus menyimpan semua surat tu ke dalam fail yang berkenaan...
- nampak tak warna tu memainkan peranan penting dalam menaikkan mood???

Konklusinya,
bonda rasa dengan pantas bonda mampu menyelesaikan proses penyimpanan surat-surat yang telah bercambah dengan riang-ria di atas meja bonda.

Bonda pon rasa seronok gila bila surat yang sedang terhimpun untuk menjadi bukit mampu ditarah licin...
hehehe hiperbola sangat...
Setelah setiap surat diasingkan mengikut laci...

Apabila setiap surat tu telah diasingkan,
bonda menebuk lubang secara berjemaah pada surat yang telah diasingkan tu...
Itu proses untuk memudahkan kerja bagi menyimpan surat ke dalam setiap fail...

Fuhhh, rasa panjang sangat bonda menaip untuk entry kali ni...
Lepaskan rindu pada diari maya yang satu ni, hehehe...

rasanya bonda berhenti setakat ni dulu...
bonda harap korang dapat manfaat pada perkongsian ini...

sekian,
peace nor war...
love insyimanhafiz

No comments:

Post a Comment