Wednesday, January 9, 2019

#BackToSchool : Alkisah Getah Pemadam

Assalamualaikum wbt.
Seminggu sudah 2019 berlalu dan bermakna
telah seminggu juga la sesi persekolah 2019 bermula.

Sebelum kita berbicara panjang bonda nak ucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2019.

Bonda pasti ini adalalah entry pertama bonda di tahun 2019.
Bukan tiada entry, tapi tersimpan rapi dalam folder draf (tepu dahi sendiri).

Takpe la,
bonda rasa nak share yang ini dulu sempena minggu persekolahan yang baru bermula.

Ceritera tentang sebiji pemadam.
Tapi kalau tengok gambar bukan sebiji semuanya ada 40 biji pemadam.
(betul ke penjodoh bilangan pemadam, SEBIJI?)

* * *pink = Syirah 
* * * orange = Iman

Bila send gambar pemadam ni pada kakak bonda,
dia kata "ingatkan gula-gula, puas aku perati. Rupanya pemadam". HaHaHa . . .

YA! stok pemadam bonda sediakan untuk dua orang tuan puteri bonda.

Si kecil tu baru masuk darjah satu kan,
simptom budak darjah satu adalah kekerapan hilang barang.
Maka dengan itu, membeli-belah la bonda segala keperluan stationery.

dannn . . .
walaupun bonda bukan berkerjaya sebagai seorang pendidik,
tapi simptom "sawan" tu tetap wujud bila masuk kedai stationery.
HaHaHa . . . 

Pemadam ni jenama Stabilo, RM 17.++ sebanyak 40 biji dalam 1 kotak.

Bonda kata kepada tuan-tuan puteri,
kita tengok berapa tinggal bila hujung tahun.

Masa ungkap ayat tu terus tercetus idea dalam kepala bonda :
1. Bahagi sama banyak bilangan pemadam tu, bermakna seorang 20 biji pemadam

2. Tanda untuk membezakan hak milik Adik dan Kakak.

3. Hujung tahun kita tengok la siapa punya pemadam paling luak. pink VS orange

4. Kalau banyak lagi tahun depan bonda da save duit untuk beli pemadam.

* * * hope bonda tak kelalen dan boleh update entry kisah pemadam ni. HaHaHa . . . 

OK, itu sahaja ceritera pemadam dari bonda sebagai opening entry 2019.

Bonda hope tahun 2019 ni blog bonda akan meriah dengan update. { azam ke ni? HaHaHa . . . 



N O T A : adakah ibu-ibu lain yang spesis bonda suke wat stok stationery?

No comments:

Post a Comment