Saturday, June 6, 2020

#pjj : Dedikasi Untuk Seorang Pendidik

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ
4 Jun 2020 selesai Semester 7 bonda.
Bonda istilahkan semester yang bermula Januari lalu,
sebagai #semesterCOVID
(boleh buat carian # tersebut di instagram 😂)

Banyak suka, duka, pahit dan manis
tidak ketinggalan payau dan tawar.
Semua rasa itu, sebati menjadi satu.

Ada ketika dalam tempoh itu,
bonda rasa nak menyerah.
Namun, memikirkan banyak perkara,
bonda bangkit dan gagah.

Di sebalik kegigihan,
bonda bangkit dalam kepayahan
ada seorang yang sangat positif
di mata bonda.
Segala cerita wanita gagah ini,
buatkan bonda berfikir
hampir setiap saat tatkala
rasa menyerah meracuni minda.
Bukan tidak pernah,
pada wanita gagah ini bonda suarakan
rasa surrender pada tugasan beliau.

Tapi, di setiap sujud juga
bonda berdoa...
agar terus dilimpahkan kekuatan
untuk menghabiskan
sisa-sisa perjuangan dunia ini
kerana salah satu penat yang disukai Allah swt
adalah penat menuntut ilmu.

Sebaik sahaja tamat
pentaksiran akhir semester Januari 2020
wanita gagah ini
memohon sedikit penilaian.
Maka, di sini juga bonda titipkan
dedikasi khas buat beliau.

rakaman curi-curi seawal kelas pertama.
nampak centre gambar ni, sebab bonda akan pastikan
sentiasa berada di tengah² kelas 😂😂😂
setiap kali sesi pembelajaran
(ada masanya menyelinap di sayap kelas juga)

Kursus:
GMGF2033 DASAR DAN ANALISIS FISKAL

بسم الله الرحمن الرحيم
Pn ZURIANA ZAHRIN,
seorang pensyarah yang dedikasi.
Bukan sahaja mendidik dari
segi duniawi malahan ukhrawi juga
turut diterapkan kepada anak didik
yang dikasihi.
.
Memulakan kelas dengan Zikir Munajat,
10 ayat pertama dan
10 ayat terakhir surah Al-Kahfi,
sesuatu pendekatan yang membezakan
Pn Zuriana Zahrin dari
pensyarah lain yang pernah
bonda hadiri PnP.
Seterusnya, beliau akan
menangguhkan kelas dengan
tasbih kafarah

zikir yang Puan Zuriana Zahrin titipkan
untuk amalan para pelajar
seawal pembukaan group whatsapp


Sedaya upaya beliau berusaha menanamkan minat pelajar terhadap subjek Dasar Analisis Fiskal.
Usaha beliau berkongsi bahan mengajar
seawal pertemuan pertama,
amat membantu para pelajar
yang berusaha untuk
memahami bab yang bakal dipelajari
pada pertemuan akan datang.
.
Tugasan yang diberikan,
tidak sesekali dibiarkan
para pelajar "tenggelam" dan "karam".
Sebaliknya, beliau sendiri
membantu / membimbing pelajar
melakukan tugasan dengan pendekatan
yang sangat berbeza.
Belum pernah bonda temui
pendekatan sebegini sepanjang
hampir 4 tahun bonda PJJ di UUM.
.
Pandemik COVID-19 menerbitkan
sisi lain Pn Zuriana Zahrin
dengan teknologi terkini.
Beliau sendiri tanpa segan silu
memohon kembali bimbingan
dari pelajarnya untuk meneroka
teknologi semasa.
Usaha beliau sebagai seorang pendidik
sangat² dihargai.
.
Semoga Puan Zuriana Zahrin
tidak akan pernah patah semangat
untuk mendidik para pelajar PJJ.
.
Semoga setiap langkahmu untuk mengajar, dirahmati Allah wahai guruku.


ikhlas❤,
insan kerdil
yang tidak sempurna.

No comments:

Post a Comment