Assalamalaikum wbt.
Kurang lebih hampir dua minggu
anak-anak darjah 5 sehingga tingkatan 4
memulakan persekolahan.
Anak-anak darjah satu hingga empat baru tiga hari kembali bersekolah.
Alhamdulillah, menurut cerita anak-anak
tahap kepatuhan SOP dalam kawalan.
Tapi, tak semudah kata-kata kan?
Sehari lepas persekolah anak-anak darjah 1 hingga 4 bermula,
kita dibentangkan berita tiadanya penjarakan sosial
ketika balik sekolah.
Takpelah, kita tinggalkan cerita itu.............
di situ, huhuhu.
Sebagai seorang mama yang paranoid,
memanglahhh bonda kerisauan melampau.
Makanya,
seboleh mungkin bonda sediakan keperluan untuk
#putuskanrangkaianCOVID19.
Antara yang diperlukan untuk anak-anak ke sekolah ialah
FaceMask @ pelitup separuh muka.
Tuan-tuan puteri bonda ada facemask ni
masa Malaysia dilanda jerebu.
Berapa tahun ntah la, bonda pun lupa.
Ok, kisahnya facemask jingga dan pink ni ialah :
bonda letakkan butang (perhatikan butang 💗💙) pada tali di sebelah kiri.
so, tali sebelah kanan akan disekat pada butang sebelah kiri.
senang cerita nak bagi paham,
berfungsi macam butang baju kurung tu, haaaaaaa, clear tak? 😅😅😅
Yang bawah ni pula, lain kisahnya.
Kekdahnya, macam facemask extender.
Tapi bonda ubah sikit.
Sebelum jauh lagi bercerita, sikit la nak story.
Apa sahaja barang-barang tuan puteri berdua tu,
bonda akan asingkan mengikut warna kegemaran diorang.
1. supaya diorang sukakan juga pada barang-barang yang bonda DiY
2. Rasa kebertanggungjawaban pada barang peribadi masing-masing.
(sebab antara tuan-tuan puteri ni, memang ada yang culas menjaga barang,
kalau korang pandai cer teka 😂😂😂)
ok, kejadian dan rupa setelah siap dijahit.
bonda jahitkan facemask extender tu dalam tali sebelah kanan.
1. Bonda tak guna kekdah macam facemask pink dan jingga tadi sebab,
tali telinga facemask army ni agak pendek.
Ketat masa tuan-tuan puteri test guna pin.
2. Asbab dan kebarangkalian untuk hilang extender tu sangat tinggi.
Cara ini pada bonda sangat sesuailah untuk tuan-tuan puteri berdua tu.
ooOK! itu sahaja perkongsian bonda kali ni.
Semoga bermanfaat.
untuk semua,
bersama kita jaga kita
demi memutuskan rantaian COVID -19