Followers

Wednesday, January 9, 2019

#BackToSchool : Alkisah Beg Bekal

Assalamualaikum wbt.

Bila awal tahun ni banyak pula story yang bonda shared.
Almaklumlah, bila ada masa bonda gigih mengedit gambar letak watermark. HaHaHa . . .

Makanya, terhasil la semangat tahun baru memeriahkan blog yang da lama bersawang.

Ini cerita tentang beg bekal.
Tapi fokus bonda lebih kepada Nurul Iman.

Insyirah pon ada juga beg bekal yang sama.
Tapi ceritera Nurul Iman memberi inspirasi kepada bonda, HuHuHu . . .


Ini di hari pertama persekolahan 02.01.2019.
Iman bawa bekal spagheti bolognaise di hari pertama
di dalam beg bekal berwarna biru.
(Biru adalah warna kegemaran Nurul Iman)
Sebenarnya itu menu yang Iman request masa hari oreintasi.
Disebabkan bonda pon kelewatan jam 6 pagi mana mungkin sempat masak kan?


Masa rehat,
sedaya upaya bonda duduk jauh dan mengelak dikesan dari pandangan mata Nurul Iman.
Tapi, bonda gagal. HaHaHa . . . gelak kt diri sendiri, awak ingat awak cekap ya bonda?

Bila telah dikesan pandangan mata Nurul Iman,
bonda hanya mendekati dan suruh pergi cari tempat untuk makan.
Nurul Iman hanya menurut perintah dan bonda memerhati dari jauh.

Bila dia dah  mula buka beg bekal dan mengeluarkan makanan,
timbul seribu kekalutan pada muka Nurul Iman membuatkan
bonda terpaksa mendekati Iman buat kali kedua.

Rupanya sudu dan garfu Iman tertinggal.
Meredah lah bonda dalam lautan anak-anak tahun satu
demi mendapatkan satu set sudu garfu dari makcik kantin.

(Nurul Iman agak kurang cekap tentang persiapan diri berbanding Insyirah)



Ini selepas rehat.
Mr. papa tengah ajak membeli apa sahaja demi memujuk anak manja seorang ni.
Iman da start buat drama swasta tak berbayar masa ni.
Nampak, beg bekal berwarna biru.


Otak bonda tak berhenti fikir apakah jalan penyelesaian kepada sikap Nurul Iman
yang suka keciciran/tertinggal barang keperluan.

Dalam perjalanan pulang dari sekolah ke teratak,
bonda memaksa mr. papa untuk berfikir sama mencari satu solusi terbaik buat Nurul Iman.

Bonda lakukan semua ni demi membentuk disiplin tuan-tuan puteri disamping
memudahkan urusan mr. papa menyiapkan tuan-tuan puteri
di kala bonda out station sebulan sekali.

Sekalipun mr. papa tak masak untuk bekal sebaliknya membeli,
biarlah tuan-tuan puteri mengusung beg bekal mereka.

Ok, ini rasanya idea terbaik yang bonda ada untuk mendisiplinkan Nurul Iman.

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Di sebelah dalam penutup beg bekal ni bonda memang da tulis nama Nurul Iman.
Bonda cuma tambah empat jenis keperluan lagi yang perlu ada dalam beg bekal ni.

Alhamdulillah, sehingga hari bonda membuat entry ni,
Nurul Iman memang alert keperluan dalam beg bekal dia.
Mesti ada empat barang yang tersenarai.

Bonda harap ianya terus kekal dan
ini dapat membantu mr. papa setiap kali bonda out station.


N O T A : kongsi la apa menu bekal bento anak puan-puan semua.

2 comments:

Fizah said...

tulis di tapa beg bekal ya maksudnya tu? good tips ni!!

Fizah said...

*tapak

Designed by UMIESUEstudio 2014 FOR INSYIMANHAFIZ