Followers

Monday, October 27, 2014

#ClothDiaper : Cara Pengendalian

Assalamualaikum wbt...
Kali ni bonda nk share plak cara pengendalian #clothdiaper.


Jika anda adalah ibu bekerjaya spt bonda,
jangan takut sekiranya ingin menggunakan CD ketika menghantar anak2 ke babysitter (BS),
TAPiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii, pastikan bekalan CD yg dihantar ke BS tu 
CUKUP.
Untuk memudahkan tugas BS, (sebab ada BS yang taknak handel CD ni kerana leceh)
caranya : simpa je CD yang telah dipakai ke dalam wetbag atau plastic bag tanpa perlu dibilas oleh BS.
Kalau nak memudahkan kerja BS untuk membersihkan CD, bolehlah applykan nappy liner.
Makanya, senang la kerja BS. Hanya buangkan nappy liner tu dan tak adalah CD banyak kesan poo supaya CD lebih mudah untuk dibilas.

*** Pengalaman bonda sendiri
Bonda menghantar 3 keping CD yang berisi 2 insert setiap 1
Bonda bekalkan 3 keping xtra insert

&
1 wetbag

*** Alhamdulillah, BS Bonda bilaskan setiap CD yang Nurul Iman pakai setiap hari.
Adakalanya, bila BS terlupa masukkan CD dan insert dalam wetbag yang bonda bekalkan,
makcik zahrah akan tolong basuhkan. Syukur sangat dapat BS cmni.

Bila sampai rumah, ambil semua CD-CD yang telah dipakai tadi. Letak je bawah shower bagi shower yang tolong bilaskan CD-CD tu atau mandi je dengan CD tu tp jangan sabunkan CD tu ye.




Kemudian, bilas setiap CD smpai hilang kesan poo dan perah.
Insert boleh diperah dengan kuat tapiiiiiii JANGAN PERAH COVER DENGAN KUAT takut lapisan laminated koyak.


Jika warna poo masih ada pada CD, jangan risau!
Lepas basuh dalam mesin dan jemur pada matahari, warna tu akan hilang.

Bonda akan bilas dan basuh setiap hari kerana memang pengguna CD sepenuhnya.

Bonda juga syorkan pada korang basuh CD menggunakan mesin basuh untuk pembersihan yang lebih optimum.
Jika korang rajin sangat nk membasuh secara manual dengan tulang 4 kerat korang,
JANGAN berus CD.
Gosok-gosok manja dan bilas dengan air yang banyak





Untuk basuhan menggunakan mesin basuh,
masukkan cover ke dalam net untuk menjaga kualiti cover dan button.
Gunakan setting normal untuk basuhan tapi setkan 3 kali bilas.
Digalakkan melakukan stripwash sekurang-kurangnya 2 bulan sekali.
Hanya sabun untuk CD saja dibenarkan seperti sabun
~ Pureen HAD,
~ Autumnz - Baby Safe Laundry Detergent,
~ Rockin' Green Detergent,
~ LunaCare Detergent,
~ Cosway Ecomax,
~ Cosway Kiddiewash {{{ 
Bonda gunakan yang ini


Kuantiti sabun tu mestila ¼ dari jumlah yang diperlukan.

sekian, perkongsian bonda kali ni.

luv insyimanhafiz,
Peace!!!

Sunday, October 26, 2014

#ClothDiaper : Pengenalan

Assalamualaikum wbt...
Rini bonda nk bercerita mengenai #clothdiaper...

Cloth Diapers atau lampin kain mempunyai beberapa jenis design iaitu

* All in One
AIO cd adalah cd yang insertnya telah dijahit terus bersama inner, jadi ia boleh terus dipakai kepada bayi.
Cd jenis ini menjimatkan masa kerana tak perlu dimasukkan insert untuk dipakai kepada bayi.
Namun begitu, cd jenis ini mengambil masa yang lebih lama utuk kering kerana bahagian dalam yang tebal.



** All In Two
AI2 cd ni pula didatangkan dengan cover dan insert yang permukaan atasnya mempunyai fabrik yang boleh direct pada kulit bayi seperti bamboo atau fleece.
Insert akan diletakkan di atas cover jadi setiap kali bayi pee atau poo, hanya perlu tukarkan insert tanpa menukar cover jika cover masih bersih.
Kebanyakkan insert bagi cd jenis ini mempunyai lapisan fabrik yang boleh direct pada kulit bayi seperti bamboo,suede atau fleece.



*** Pocket Cd
Cd jenis ini yang paling banyak di pasaran. Cd jenis ini amat mudah dipakai, insert perlu dimasukkan ke dalam poket yang disediakan. Cd ini lebih cepat kering berbanding cd AIO kerana cover dan insert dapat dijemur secara berasingan. Cd ini agak leceh kerana perlu dimasukkan insert ke dalam poket. Namun begitu cd ini mudah dikendalikan.
(bonda prefer CD ni)



Terdapat 3 bahagian utama pada cd iaitu
* cover yang merupakan lapisan material kalis air paling luar, ** inner iaitu lapisan kain sebelah dalam dan
*** insert iaitu kain yang berbentuk pad yang mempunyai beberapa lapisan kain berfungsi menyerap dan menakung cecair.

Material inner kebanyakkannya terdiri daripada microfleece, microsuede atau bamboo yang berfungsi menyerap cecair dengan cepat dan memberi efek kering kepada bayi.

Material bamboo adalah material yang baik yang menyerap cecair lebih cepat dan sesuai untuk bayi yang mempunyai kulit sensitif kerana ada sesetengah bayi alah kepada microfleece.

Insert pula terdiri daripada material microfibre atau bamboo. 

Microfibre tidak digalakkan diletak terus kepada kulit bayi kerana kuasa serapannya yang kuat boleh menyebabkan kulit bayi terlalu kering, namun begitu material bamboo boleh digunakan terus kepada kulit bayi.



Double Row Buttons

Double row buttons lebih baik daripada single row kerana button pada row kedua berfungsi mengatasi drop wing dan membuatkan pemakaian lebih kemas di bahagian peha bayi.



Gusset
Gusset adalah jahitan kedutan di bahagian tengah inner yang berfungsi menghalang bocor di bahagian peha.
Sesuai untuk bayi yang mempunyai poo yang cair.

sekian.

luv insyimanhafiz,
peace

Monday, October 20, 2014

#Family : Masa Berkualiti

Assalamualaikum wbt...
Ke mane hujung minggu ni kawan2???

Insyiman nk berjalan-jalan ke Penang.
Jom la ikut...

Kitorang pergi under rombongan taw tp kitorg naik kereta, tak naik bas. Hehehe...

Rombongan ni anjuran Tabika KEMAS Sg. Kechil, Nibong Tebal. Masa bonda berpantang Nurul Iman, Insyirah menumpang tabika ni seketika. Makanya, cg tabika yg merangkap mak cik en papa pelawa kitorang utk sertai rombongan.
Bila pergi secara berpasukan kosnya dikira pakej.
Jadi, jangan tanya pada bonda how much tiket masuk.

Jom bonda belanja gambau.

Tempat pertama yang kitorg lawati ialah...

*biarkan gambar berbicara*

Dari bawah ni nk smpai ke atas kene naik keretapi.
Kelajuan keretapi tu 40km/jam dan dalam mase 5minit kite akan sampai ke destinasi...
5minit tu terase lame sebab nye bentuk muke bumi yg mencerun, huhuhu (cuak perut)
Alhmdulillah, setelah 7 tahun bermastautin di Penang, bonda berjaya gak menjejakkan kaki ke sini.

Bile smpai dekat atas tu, bonda ase kagum sgt.
SubhanAllah, indahnye ciptaan-Mu...
Sooo, sesape yg x pernah smpai BUKIT BENDERA ni lg sila batalkan niat nk melawat negara orang tu, hehehe...
Atas ni pon sejuk, aman daman, sesuai juga untuk honeymoon.
Hotel pon ade, pemandangan pon cantik...

seterusnya bonda belanja gambau berani mati lak...

hohoho, dr mane dtg kekuatan bonda nk bgambau dgn haiwan seekor ni???
hahhh, diri sndiri pon plik.
en papa yg ajak, bonda ikutkan je..
Insyirah xde dlm ni coz die takut, Nurul Iman pon sebb bonda dukung.
kalau tidak asenye die sndiri pon da jd pemerhati kt bawah cm kakak die.

selain ular, ade burung kakak tua yg bijak tu.
korg boleh pilih, nk bgambau dgn ular @ burung kakak tua.
tp kn, korang dilarang mengambil gambar haiwan tersebut mggunakan handphone korg.
sile hormati hak pemilik kerana itu la sumber pendapatan diorg demi sesuap nasi.
alaaa...x mahal pon, RM10 je korg bayau.



Kau kunci, cintaku di dalam hatimu...
ku pahat namamu di mangga pintu...
hahaha, dramatik sungguh.
bonda bgmbau je, x de pon kunci bgai name kt situ.
"ku pahat namamu di dadaku wahai kekanda"

hahaha...mahal, RM30...makan pon kenyang

Nurul Insyirah bab posing serah kt die.
Nurul Iman tu kegayatan sebenarnya.



Pastu kitorg reronda naek kete ape ke name ntah...
tp yg bonda pasti kete yg org selalu gune kt padang golf tu...
ape name wey, cer gtaw bonda...



next moment, bgambau lak kt keretapi pertama ni..
inilah cg tadika @ makcik beserta ank daranya...



penat berjalan kite basahkan tekak plak...
ais kacang @ ABC
Serius sedap...
sebenarnya, bonda nmpk family meja sebelah makan..
g la mencari kt kawasan foodcourt tu tp x jmpe...
dengan muke x malu n selamba, bonda tanya kat akak meja sebelah tu, "kakkk, beli ktne?"
asben die dgn baik hati gtaw kt bawah...hehehe...
makanya lepas la hajat bonda nk merasa...
ada buah kiwi, dragon fruit, pisang n pelam tgh2 tu ade 1scoop ais krim
kt bawah ade ABC yg baaanyak sgt kacang merah nye
(bonda suke, bonda suke)


setelah selesai membasahi tekak dan mengisi perut, kitorg pon menaiki keretapi utk trun ke bawah

time ni diorang tengah dekorasikan sempena sambutan Deepavali.



rahmat Allah bakal membasahi bumi,
sekian saja lah lawatan kami di sini...

Moh kite ke destinasi seterusnya...

Dari ulat jadi kepompong,
duduk tidur dalam kelonsong,
cukup masak kepompong pecah [pommm!!!]
Jadilah rama-rama yang indah.

Rama-rama terbang merata,
sungguh cantik aneka warna
hisap madu di pohon bunga,
tapi sayang hidup x lama..

huhuhu, cmtulah kitaran hidup rerama..
sebenarnya nk gtaw lokasi seterusnya ialah TAMAN RAMA-RAMA
kalau perati gambau di atas bebetul, ade seekor rerama tgh menghisap madu

byk nye rerama berterbangan sampai atas kepala pon ia hinggap.

selain itu, ade gak hidupan lain kt Taman Rerama ni...
Pokok Periuk Kera...

ade banyak lagi tp bonda x sempat snap dek kerana mendukung Nurul Iman.


*kami 3 beranak* 


kami Sekeluarga @ 4 beranak.

Lepas pada ni, kitorg ke Kebun Bunga...
kat sana boleh mandi manda, ade kolam...

mula2 ingatkan perancangan batal sebab hujan tapi kanak2 tabika tu nak sangat pergi.
diorg siap blh kate kt cikgu klw demam nnt mkn ubat...
hehehe...bijakkk, bijakkk...

diorg mandi pon dalam keadaan hujan renyai2...
anak dare bonda 2 orang tu pon mandi sebb baju mandi diorg mmg da bawa...
lagi pon mane blh tahan tengok kolam depan mate...
apa pon seronok tgk anak2 happy...

sekian sahaja masa berkualiti kami di hari minggu.

luv insyimanhafiz,
peace!!!

notadaribonda : tq #umiesue utk header watermark yg ohsem.

Thursday, October 16, 2014

FreeGift Bermanfaat

Assalamualaikum wbt...
korang biase dpt freegift x bile beli brg2???
cmfirm la biasekn...
tipu la x biase...
klw kt stesen myk tu siap dpt sebotol mineral water 500ml bile isi myk rm30...
tu la namenye freegift...

kali ni bonda nk share bout freegift yg bonda dpt mase belikn rantai tgn ank2 baru2 ni.



ini lah rantai tgn diorg...
bonda dpt "imbuhan" so bonda letak "tanda" imbuhan tu dgn belikan brg kemas utk ank2...


bile da beli emas ni, biase nye kite dpt payung dan beg kn???
tapi tidak untuk belian bonda kali ni...

mai rapat mai dekat...
bonda nk "belanje" gambau dgn korg ape freegift bonda dpt utk belian emas kali ni...
pada bonda sgt bermanfaat...



1



2



3



4



5



6



7



8



9



10


!!!


tadaaaaaaa...
BEG SEJADAH



ini rupe bile dibentangkan...
sejadah yg besau taw...
Alhamdulillah...moge murah rezeki tn punya kedai emas ni...



aaaaaaapa???
korg nk taw kedai emas mane ni???

ok2...bonda belanja info lak utk korg...

Kedai Emas Anuar namenye

Lokasi ???
Di Perda...
kt Bandar Sunway pon ade...
Tp bandar sunway blok lame taw...
yg depan Sunway Carnival tu...

sket  info lg...upah emas kt kedai ni masih murah taw...

sekian,

luv insyimanhafiz,
Peace!!!


notakakitanganbonda : selagi digunakan sejadah ni, selagi tu la berpanjangan pahala utk org yg memberikan sejadah ni...

Thursday, October 9, 2014

Kenderaan ke Syurga

Lafaz Mewakilkan Ibadat Qurban

"Bismillahirrahmanirrahim"

Saya dengan ini mewakilkan kepada _____________________ untuk menyempurnakan penyembelihan satu bahagian dari tujuh bahagian Ibadah Qurban ke atas Diri-Ku / Tanggungan-Ku _____________________ pada tahun ini kerana Allah Taala.






Lafaz Semasa Sedang Disembelih

"Dengan nama Allah. Ya Allah , ini Qurban Ku, maka terimalah daripada Ku / Tanggungan Ku ____________________ .










inilah rupe Qurban bonda...
en. papa wakilkan d pejabatnya.
Alhmdulillah, kenderaan ke Syurga...

persoalan : sekor lembu dbahagi kepada 7 bahagian, so nnt kt Padang Masyar cmne (adekah seekor lembu tu dtunggang 7 name) ???

"alaaa...dpt dok kt ekor je ke. sebb kite kecik lg mase buat qurban tu..."

"alaaa...rugi la bile 7 bhgian tu org lain yg kite x kenal. baik share adeq bradeq je 7 org, nnt blh naek skali"

*ini antara persoalan yg wujud...bukn saje d minda bonda tp mgkin juga d minda korg...

jawapannya mudah, jgn samekn fizikal kite d bumi ini dgn d "alam sana"

*itulah jawapan yg haji imam gtaw dekt sy.

apepon, moge ibadah qurbanku tahun ini diterima olehMu Ya Allah.

sekian.

luv insyimanhafiz,
peace!!!


Wednesday, October 8, 2014

#Resepi : Kolobrasi Spagheti dan Sosej

Assalamualaikum wbt...
Salam Aidiladha
(ptg ni selepas asar kite x kn dgr lg takbir)
syadu dan sayu sgt ati ni bile dgr takbir...

ok la, sbnrnye da 2mggu bsawang blog bonda ni...
sedikit bz yg tidak keterlaluan, hehehe

da lame sgt x 'berbento'
semlm merajinkan diri demi tuan2 putri

hahhh, bace tnjuk n3 pon da gempax gile kn...
kolobrasi spagheti dan sosej
satay sosej spagheti pon blh, hehehe...



makanya, gini la ghupe nye kolobrasi yg bonda maksudkn...


satay sosej spagheti pon aci la...
apepon spagheti ni akan 'dikolamkan' juga kn...



setelah 'dikolamkan'
gini la ghupe nye...
(bonda cilok idea ni dr internet taw)



lepas dikolamkan,
mandikan plak dgn sos tomato homemade...
dlm setiap makanan Nurul Iman bonda pastikan ade carrot @ lobak merah...
Nurul Iman xkan mkn nasi goreng yg xde carrot...
Nurul Insyirah x kisah sgt sebb mmg jenis kurg mkn...
Nurul Iman gemarkan carrot mgkin sejak makan puri carrot...
apepon bonda suke...moge2 mata nurul iman akan baek dan elok selamanya...

sekianlah kisah bento bonda
(gagah menaip agar blog ni tak berhantu)

luv insyimanhafiz,
peace!!!
Designed by UMIESUEstudio 2014 FOR INSYIMANHAFIZ