Followers

Friday, December 29, 2017

Sifir

اَلسَّلاَ مُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Back to school

Saturday, December 9, 2017

Malas vs Kreativiti

Assalamualaikum wbt
hehehe, kerajinan ditambah dengan rasa ada idea untuk menaip...

Tiada la cerita menarik, kebaboombastik, hehehe...
sekadar idea kemalasan bonda...

Apa guna belajar buat kotak masa kecil-kecil dulu kalau tak diaplikasikan?
Mesti sejuk perut arwah mak kalau tengok bonda aplikasikan apa yang mak pernah ajar dulu, hehehe.



ini adalah kotak hasil lipatan kertas terpakai yang bonda hasilkan.
Tapi, untuk kegunaan apakah?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Tadaaaaaaa!!!
buat mangkuk untuk bonda bersantap, hahaha...

MALAS

vs

KREATIVITI



since  Mei 2017 lepas bonda da bertukar tempat kerja...
dr Seberang Jaya ke Perai, (huhuhu - muka sedih tau!!!)

Kat tempat kerja baru ni,
Bonda bertugas di luar kawasan pejabat pentadbiran...
Bila nak sarapan, bonda malas nak ke pantry  dalam pejabat...
so, bonda lebih selesa makan bekalan yang dibawa kat tempat bonda bertugas.

Tapi kannn...
Bekal bonda kekadang beli siap kalau rajin adalah #airtanganbonda...
Walaupun bonda membawa bekal, tetapi wujud kemalasan...

Bonda jarang sekali menggunakan tipuware untuk membawa bekal,
kalau tupperware tu lagi la jauh panggang dari api kan, hahaha...

Bonda bungkus je bekalan dengan plastik bungkus makanan.
hahhh, nampak tak keMALASan bonda terserlah di situ???

Namun,
dek kerana kemalasan,
sel-sel otak terus berhubung membina kreativiti...
hehehe

ok,bye

Peace no war,
Love insyimanHafiz

Wednesday, December 6, 2017

Berapa Banyak Buku Teks?

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt...

Wahhh, berkobar-kobar bonda nak update  cerita kali ni...
Semangat untuk berkongsi dengan semua dan sangat berharap perkongsian ini bermanfaat...

Masa sebelum cuti sekolah yang panjang ni,
En Papa ada tanya bonda : berapa banyak buku teks Insyirah?

Kenapa wujud soalan ni? (bonda is confused, hahaha)
Sedangkan en papa kurang mahir pengurusan buku sekolah anak-anak...

Lepastu, en papa cerita :
Ni, dalam group whatsapp parents pakat tanya kat cikgu.
berapa banyak buku teks?

hohoho, bonda sedikit kurang senang!
Sebab???
Buku anak-anak kita yang dipinjamkan itu kan menjadi tanggungjawab kita,
untuk mendidik anak-anak menghargai.

Cerita habis di situ sebab bonda tahu Syirah seorang yang bertanggungjawab.
Segala buku-buku sekolah dijaga sebaik mungkin.
Bonda pun dah boleh lepaskan Syirah untuk kemas jadual sekolah sendiri setiap hari.

OK, apa pula projek yang bonda nak share kali ni?

Kita thru pada gambar je boleh tak?

ini adalah senarai buku teks yang diterima oleh Syirah untuk tahun 2018.

Bonda terlebih rajin, susun ikut abjad.
Ada 8 buah buku, makanya kita labelkan no seperti dalam gambar
1/8
2/8
3/8
.
.
.
&
8/8



bonda print 8 keping nombor seperti di atas untuk ditampal di atas buku teks



buku yang diterima oleh Syirah berbalut semuanya dengan pembalut segera.
bonda tak buang pembalut yang sedia ada, bonda hanya tampal nombor di atas pembalut berkenaan.
Guna selotape  je lekatkan no berwarna hijau tu...





Hasil akhir : mata love love love
Bonda doublekan pembalut jernih berkenaan

Kenapa bonda tampal di dalam pembalut?
Supaya tiada la yang gatal tangan membuang nombor berkenaan.



Apa RASIONAL nya bonda labelkan nombor pada setiap buku teks?

1. Supaya mudah dikesan setiap sebuah buku.

2. Memudahkan proses pemulangan buku teks pada hujung tahun 2018 nanti.

3. Secara tak langsung, bonda tahu jumlah buku teks Syirah = 8 buah semuanya.

Sekian, perkongsian kali ini.
Semoga bermanfaat.

Peace no war,
Love insyimanHafiz

Saturday, October 28, 2017

MentolJemariBerdansa : Isu-isu Perkhidmatan Awam (Rasuah)


Image result for rasuah


Akhir-akhir ini, bidang perkhidmatan awam sering disajikan dengan pelbagai berita mengenai keruntuhan integriti penjawat awam terutamanya yang melibatkan gejala rasuah. Dari hari ke sehari ada sahaja tangkapan berhubung gejala rasuah dilaporkan oleh media massa yang melibatkan penjawat awam termasuklah pegawai-pegawai kanan kerajaan. Fenomena ini sangatlah membimbangkan kerana berita-berita tangkapan berhubung gejala rasuah ini sedikit sebanyak telah mencalarkan imej perkhidmatan awam secara umumnya dan penjawat awam secara khasnya. Antara isu yang turut diutarakan termasuklah  permainan golf di kalangan pegawai-pegawai kanan dalam perkhidmatan awam. Perbelanjaan yang tinggi untuk bermain golf turut disabitkan menjadi titik tolak bermulanya rasuah.

Apakah yang dimaksudkan dengan rasuah? Perkataan rasuah berasal daripada perkataan arab yang berbunyi al-risywah.  Dalam Al-Quran rasuah digolongkan dalam kata umum batil iaitu meliputi perbuatan jenayah lain seperti merompak, memeras ugut dan menipu. Rasuah ataupun corruption (Bahasa Inggeris), tidak diberi definisi di dalam undang-undang Malaysia. Manakala dari portal rasmi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, rasuah diistilahkan sebagai penerimaan atau pemberian suapan sebagai upah atau dorongan untuk seseorang individu kerana melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasmi.

Terdapat beberapa faktor yang mencetus kepada berlakunya gejala rasuah / suapan ini seperti wang, bonus, jawatan, diskaun, undi, upah mahupun hadiah. Walaubagaimanapun secara ringkasnya, berdasarkan pengalaman SPRM, perbuatan jenayah rasuah yang berlaku antaranya disebabkan oleh sikap materialstik penjawat awam itu sendiri yang kepingin kehidupan mewah sehingga melampaui kemampuan diri  tanpa mengira halal dan haram. Apa yang diutamakan hanyalah nilai-nilai material lalu mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang penjawat awam yang telah diamanahkan dengan kuasa dan pertanggungjawaban. Individu seperti ini langsung tidak mengambil kira bahawa dengan melakukan perbuatan rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa, sebenarnya dia telah melakukan kezaliman, penganiayaan dan menafikan hak-hak orang lain atau memberikan hak sesuatu itu bukan kepada orang yang selayaknya.

Karenah birokrasi juga merupakan antara faktor berlakunya jenayah rasuah itu sendiri. Contohnya seperti urusan permohonan permit, tanah, dan lain-lain proses merumitkan menjadi punca mereka yang berurusan sanggup memberi rasuah kepada pegawai yang menguruskannya agar permohonan mereka dapat diproses dengan kadar segera. Rentetan dari contoh yang diketengahkan ini, kurangnya komitmen kepimpinan untuk mengenalpasti ruang-ruang yang boleh menyebabkan berlakunya perbuatan rasuah, ditambah pula wujudnya pemimpin yang takut untuk menjadi tidak popular, menyebabkan keadaan akan lebih tidak terkawal. Terlalu banyak penurunan kuasa tanpa pengawasan yang bijak oleh pegawai atasan boleh membuka banyak ruang kepada berlakunya gejala tidak sihat di kalangan penjawat awam. Apabila kurangnya penyeliaan pegawai atasan terhadap kerja-kerja yang dijalankan oleh penjawat awam itu menyebabkan ada penjawat awam yang didorong oleh unsur-unsur tidak sihat, akan mengambil kesempatan dari kerumitan proses berkenaan untuk melakukan penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan juga rasuah.

Sudahlah karenah birokrasi merumitkan orang awam, peraturan dan sistem pelaksanaan kerja pula semakin dipandang enteng oleh penjawat awam itu sendiri. Longgarnya tatacara dan peraturan kerja menjadi kelemahan dalam sistem pelaksanaan sesuatu tugas menyebabkan sesebuah jabatan / agensi itu sentiasa terdedah dengan perlakuan – perlakuan jenayah rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa oleh pegawai dan kakitangannya. Sekali lagi, komitmen kepimpinan khususnya, integriti serta perasaan pertanggungjawaban semua kakitangan bagi memastikan ketelusan tatacara dan sistem pelaksanaan kerja adalah sangat penting.

Apapun punca atau faktor kecurangan dalam tugas ini, berbaliklah kepada agama. Hal yang demikian adalah kerana apa sahaja anutan setiap penjawat awam di negara ini, rasuah merupakan satu perbuatan yang ditegah dalam setiap agama. Selain dari itu, kedangkalan ilmu-ilmu keagamaan, kurangnya penghayatan nilai-nilai murni dan hilangnya nilai-nilai akhlak yang baik juga menjadi antara faktor yang menyebabkan seseorang itu bergelumang dalam jenayah rasuah. Menurut seorang penulis, ‘nilai’ ialah ‘beliefs about right and wrong’. Manakala ‘etika’ pula ditakrifkan sebagai ‘thinking systematically about morals and conduct and making judgments about right and wrong’ (Carol W. Lewis: The Ethics Challenge in Public Service). Kerendahan moral serta nafsu  tidak lagi dapat membezakan antara nilai-nilai yang baik dan buruk, hingga mengenepikan nilai-nilai suci dalam agama boleh mendorong seseorang penjawat awam itu melakukan pelbagai kemaksiatan dan jenayah dalam tugasan mereka. Justeru itu, individu seperti ini akan memperhambakan dirinya kepada nafsu yang mengongkong kehidupannya.

Jika ada penyakit, pasti ada penawarnya. Jika telah menjadi barah, berusahahlah kita dengan cara pembedahan. Sememangnya gejala rasuah ini telah menular sejak sekian lama tetapi harus senantiasa dirawat agar tidak kekal menjadi kudis dan nanah dalam sektor perkhidmatan awam walaupun hakikatnya rasuah ini telah menjadi barah yang kian parah umpama tumor yang tumbuh tanpa rawatan rapi. Mungkin konsep mencegah lebih baik daripada mengubati amat berkesan bagi memastikan rasuah terus dikuburkan dan ditalkinkan di tempat yang sepatutnya. Antara ‘ubat-ubatan’ yang mampu dijadikan penawar kepada barah rasuah ini sudah pasti tindakan awal dari kerajaan bagi membuktikan kesungguhan mereka dalam menangani kemelut ini dengan menahan, mendakwa dan menghukum penjawat-penjawat awam yang disabit isu rasuah tanpa mengira kedudukan mereka. Kesungguhan kerajaan mendakwa atau menyeret mereka ini ke mahkamah akan memberi satu peringatan agar mereka tidak mengambil rasuah pada peringkat awalnya. Sesungguhnya, tindakan tegas kerajaan mendakwa semua pihak yang terlibat tanpa memilih bulu akan memberi petanda bahawa pengamal rasuah akan menerima hukuman yang setimpal dan menakutkan mereka untuk melakukan jenayah ini. Usaha kerajaan untuk menakutkan pesalah rasuah dan masyarakat boleh dicapai menerusi satu kempen iklan yang efektif. Kempen yang dilancarkan itu mestilah menggunakan media massa secara holistik iaitu daripada akhbar hinggalah ke internet untuk memastikan semua khalayak masyarakat menerima kempen tersebut. Semua imej atau aksi yang dipaparkan melalui iklan itu mestilah berupaya meninggalkan kesan atau menjadikan masyarakat berfikir dua kali sebelum mereka menerima rasuah. Jadi, kempen yang begitu mudah tetapi berkesan menjadi satu wahana yang baik dalam peperangan memerangi amalan rasuah ini.

Selain itu, siasatan dan penguatkuasaan undang-undang perlu dipergiatkan lagi. Masyarakat  tidak perlu gentar untuk membantu membanteras kes rasuah sejajar dengan Seksyen 25 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 : Kewajipan Untuk Melaporkan Transaksi Penyogokan. SPRM sentiasa memastikan kerahsiaan maklumat yang diberikan dan pemberi maklumat adalah dilindungi serta tidak boleh didedahkan kepada mana-mana pihak dalam apa jua keadaan. Pemberi maklumat adalah orang yang membuat pendedahan tentang jenayah rasuah berdasarkan pengetahuannya dan mereka dilindungi di bawah Seksyen 65 Akta SPRM 2009. Pemberi maklumat juga turut dilindungi di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010. Manakala pemberi maklumat yang menjadi saksi bagi sesuatu kes rasuah dilindungi di bawah Akta Perlindungan Saksi 2009.

Seterusnya, penerapan konsep keagamaan dan moral hendaklah dilakukan terutama di sektor pendidikan negara seperti dalam kalangan pelajar sekolah dan universiti. Usaha menerapkan konsep murni sebegini perlu dilakukan pada peringkat awal kehidupan seseorang itu supaya mudah untuk mengawalnya kerana dari kalangan pelajar sekolah dan universiti inilah terlahirnya penjawat awam. Semua konsep yang baik dijelaskan kepada pelajar supaya mereka memahami keperluan untuk membebaskan diri dan negara daripada ancaman rasuah ini. Tambahan pula, kita sebagai seorang yang beragama Islam perlu memantapkan iman dan mengukuhkan jati diri kita untuk mengelakkan diri daripada gejala rasuah ini. Keimanan dan keperibadian yang tinggi adalah benteng yang paling utuh untuk membanteras gejala rasuah. Apabila setiap individu bencikan rasuah sama ada rakyat biasa, pemimpin, peniaga, atau jentera kerajaan maka amalan rasuah dapat diatasi. Kekuatan Iman dan jati diri dapat menangkis habuan rasuah sekali pun tiada sesiapa yang tahu dan peluang terbuka luas di hadapan mata.

 Konklusinya, semua faktor dan langkah mengatasi kemelut sosial ini harus diteliti dan dipantau oleh semua pihak dengan berkesan. Perubahan paradigma masyarakat terhadap rasuah perlu berlaku terlebih dahulu jika masalah ini hendak diatasi hingga ke akar umbinya. Selain mencalarkan imej perkhidmatan awam, kelewatan untuk mengatasi masalah ini mampu menjadikan negara kita satu negara yang begitu sukar untuk dipercayai dan diuruskan pada masa hadapan. Mungkin konsep mencegah daripada mengubatinya lebih berkesan dalam memastikan rasuah terus berkubur dalam tempat yang sepatutnya. Sesungguhnya penjawat awam yang kehilangan nilai amanah akan ditimpa krisis kepercayaan. Oleh itu, semua pihak perlu menjauhi sifat tamak yang boleh menyebabkan perbuatan rasuah serta mengelakkan diri daripada berbelanja melebihi pendapatan. Bak kata pepatah ukur baju di badan sendiri. Berikutan semakin seriusnya usaha menangani gejala ini, diharapkan agar tiada sesiapa akan terkecuali daripada tindakan undang–undang. Kedudukan atau parti politik bukanlah payung yang melindungi sesiapa daripada penghakiman dan hukuman. Kita yakin bahawa hukuman yang setimpal boleh menerbitkan perilaku baik seseorang. Sehubungan itu, dalam memerangi gejala ini, semua pihak perlulah bertindak secara menyeluruh dan berterusan. Jika kita sepakat melakukannya, tiada sebab kita akan gagal.

Tuesday, June 13, 2017

Ramadhan 1438H : Soq Sahur

Assalamualaikum wbt
Kembali bersiaran di Ramadhan 18
اَÙ„ْØ­َÙ…ْدُ Ù„ِÙ„َّÙ‡ِ

Ini cerita Ramadhan ke berape ya? 
Ini cerita sahur @ soq Ramadhan ke 14...

Soq adalah semantik utara yang bermaksud SAHUR...

ceritanya,
sejak 2015 Syirah dah start belajar berpuasa seawal usia 6 tahun.

Bonda da plan dengan encik papa untuk bersahur di luar sekali dalam sebulan...
Sebab Syirah seorang yang susah makan,
fastfood je pilihan yang mudah. 
Sebagai reward untuk syirah juga.

Untuk tahun ni sekali lagi sarapan KFC menjadi menu sahur...

Seawal 4 suku bonda bertindak selaku warden kejutkan en papa dan anak-anak... (HªHªHª)

اَÙ„ْØ­َÙ…ْدُ Ù„ِÙ„َّÙ‡ِ
kawasan Permatang Pauh ni agak mudah mencari kedai makan mahupun fastfood. 

tadaaa, 4 beranak punya sahur yang dah habis. 

Ini antara cara bonda layan anak-anak di bulan Ramadhan...
kengkawan lain pula macam mana??? 

boleh share kat komen bawah

Thursday, June 1, 2017

#AirTanganBonda : Iftar Ramadhan 5

اَÙ„ْØ­َÙ…ْدُ Ù„ِÙ„َّÙ‡ِ
bersiaran di Ramadhan 6,
menu iftar Ramadhan 5
korang bersungkai apa semalam???

harini menu separa western...


dalam pinggan tu mcm yang korang nampk la kn...
yg bulat sebelah kiri sosej tu nasi goreng egg tart (HªHªHª, nama menu tak nak mengalah -
cara buat sama juga macam macaroni baked)

untuk pencuci mulut pula :


1. Sagu Gula Melaka
2. Soya Bandung

Ooº°˚˚°ÂºÂºÑœ, harini bonda share sikit :
1 cawan sagu masak dengan 1 cawan air
(gunakan cawan yang sama)
1 : 1 la kekdahnye...

tapi masa masak bonda still perati dan kacau sagu tu...
bila putih² like mata ikan tu tak habis,
tambah la air sikit² sambil kacau...

antara petua yg bonda pernah terbaca,
rendam dulu sagu tu sebelum masak, atleast 4jam...

tu je kot untuk harini eh...

#dapurbondalesungpipit
#bondalesungpipit
#daridapurbonda
#airtanganbonda

Wednesday, May 31, 2017

#AirTanganBonda : Iftar Ramadhan 4



Alhamdulillah selesai RAMADHAN 4 semalam...
ehhh³, sedap la plak air asam tu 🙊🙊🙊
(masuk bakul angkat sendiri)
resepi google je taw, bonda tak reti sebenarnya....

tapi, plsss³...
jangan tanya resepi sebab
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
bonda jenis manusia yang suka derhaka resepi

pastu³...
tak payah nak kecam bonda bawa naik lesungbatu atas meja mkn ek...

ko iftar, buffet lunch kt hotel tu tak nampak ke diorg hidang sambal beLacan, budu, cencalok dlm lesungbatu???

hahhh, bonda fefeling presentation hotel walaupunnn, rumahku kg.com hokeyyy (hehehe)

rajin esok bonda update menu iftar Ramadhan 5 ye

#dapurbondalesungpipit
#bondalesungpipit
#daridapurbonda
#airtanganbonda

Wednesday, April 26, 2017

#SusunAtur : DiY Lokasi Simpanan Cekak

اَلسَّلاَ Ù…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَا تُÙ‡ُ


Harini bonda nak share simple #susunatur yang dilaksanakan pada senja nan merah semalam, hehehe...

Tak banyak pun, sikit je...

Seingat bonda, setiap kali nak attend  wedding, sure  bonda ada beli cekak baru.
Almaklumla, anak dara 2 orang....
Beli pon kt Mr. DiY je, banyak pilihan dan rambang mata jadinya...

Apa yang pasti, cekak ni berterabur merata...

Disebabkan rumah bonda ni rumah kampung dan
ada sebahagian papan termasuk la kat bilik anak-anak dara yang 2 orang tu...
Makanya bonda menggunakan seadanya dengan cara yang sangat jimat...

Bahan-bahan :
** Riben terpakai
** Stapler

dan hasilnya adalah seperti di gambar...

ini hasilnya tapi bonda dah betulkan sikit, bagi ada gap antara cekak
(rajin nanti bonda upload gambar baru)

ini sumber google yang bonda cuba aplikasikan seperti hasil di atas.

Oook, itu saja untuk entry kali ni...
Semoga bermanfaat.

Love insyiman,
Peace no war.

Monday, January 16, 2017

#SusunAtur : Keperluan Sekolah Anak

Assalamualaikum wbt...
Selamat Tahun Baru 2017...
Rasanya belum terlambat untuk wish tahun baru...

Ya Allah, apalah kekangan sangat sampai dah lama tak update blog ni...
Nampak tak, tak pandai nak manage time, huhuhu :(

Jom la, kita ke agenda sebenar entry kali ni...



ok, ini cerita last year  @ 2016
Ini adalah Jadual Pakaian Dalam Insyirah

Isnin - Jumaat mewakili singlet
Jingga - Hitam mewakili panties
Monday - Friday mewakili sokin

contohnya, boleh refer pix bawah ni...
Singlet tulis hari gune marker pen
Panties beli ke Tesco jenama assign
Stokin jenama Santa Barbara

Ok, habis cerita 2016...

Bonda teruskan amalan #susunatur jadual berkenaan ke tahun 2017


Tapi tahun ni da upgrade lawa-lawa lagi, hehehe...
Ini Jadual Pakaian Dalam Insyirah

Isnin - Jumaat mewakili singlet
Monday - Friday mewakili sokin
M - F mewakili panties

*kat atas tu ade gambar singlet, stokin dan  panties

untuk tahun 2017, panties Insyirah dah tak da word hari...
So, bonda manage sendiri untuk 5 hari bersekolah.
Macamtu lah lebih kurang ceritanya.



Yang ini Jadual Pakaian Nurul Iman
Monday - Friday mewakili panties
Sebelah lagi mewakili uniform  setiap hari.

Tahun 2016 Iman masih bergantung pada diaper,
tapi 2017 ni da tak pakai diaper makanya perlu la ada jadual panties tu juga.



ini pula adalah #susunatur buku mengikut jadual Insyirah...
nanti bonda up pula...

Bonda taw, da ramai sangat ibu-ibu yang berkongsi cara tagging buku
untuk memudahkan mengemas jadual harian anak-anak...
Setiap orang ada caranya tersendiri...
Mana yang rasa bermanfaat boleh la diamalkan bersama. 


Sekian,
bondalesungpipit =')

Designed by UMIESUEstudio 2014 FOR INSYIMANHAFIZ