Followers

Monday, November 17, 2014

#SusunAtur : Lipat Baju Cara Malas

Assalamualaikum wbt...
Sebelum ni bonda pernah up n3 lipat baju anak2 style bonda kt SINI
skang kite up kan cara plak...
#lipatbajucaramalas, hehehe...

kenapa bonda cakap cara malas???





sebab bonda gune pelipat ni
beli pelipat baju ni kt Mr. D.I.Y
harga lupa la plak...
yang ni saiz kecil...saiz baju ank...

macamane carenye???



1. bentangkan sehelai baju di atas alat pelipat



2. Kemudian, ambil plak seluar...
letakkan di atas bentangan baju tadi [ini cara bonda]



3. lipat kanan, lipat kiri, lipat ke atas
jadi la rupe sebegini...



 4. Pusingkan ke dalam baju tadi...
SIAPPP!!!
pasni susun lelawo dalam lemari yerrr...




Aaaaaaapa???
kurang jelas???



OK...OK..kita cerita dari mula...
perangai bonda kalau beli baju tuan-tuan puteri bonda memang akan beli sepasang sepasang.
mudah nk urus bile nk pakaikan baju pada tuan-tuan puteri.

Kisahnya bermula di sini (hahaha, dramatik sungguh)
bile angkat jemuran dari ampaian,
bonda akan pastikan bonda pasangankan pakaian tuan-tuan puteri siap-siap supaya
SENANG masa nak melipat nanti dan JIMAT MASA.
takde lah nk kumbah2 baju cari pasangan untuk dilipat



Berbalik pada cerita cara bonda melipat baju menggunakan gajet pelipat ni...
1. bentangkan baju di atas gajet pelipat.
(nampak tak baju dora lebih besar dari pelipat?)

lihat langkah seterusnya, cara bonda.



2. Ambil pasangan seluar, letakkan di atas baju tadi,
kemudian lipatkan lebihan baju itu selari dengan gajet pelipat yang di atas.



3. lipat sayap kanan gajet pelipat supaya baju akan menjadi seperti gambar di bawah



kemudian,



4. lipatkan sayap kiri gajet pelipat supaya menjadi seperti gambar di bawah



5. Lipatkan pelipat yg bawah ke atas
(maksud pelipat yg bawah tu, yang ade trademark bondalesungpipit tu)
makanya, siap sudahlah menggunakan gajet pelipat ni.


Tapiii
i
i
i
i
i
i
i
i
i
i
i
i
i
i
i
i
i
i
i
i
,

cara bonda x berakhir di situ.



langkah terakhir cara bonda...
macam lipat stokin gak...
masukkan yang luar ke dalam...
cara ini sangat berkesan untuk mengelakkan baju terburai...
bila packing balik kampung @ travel, tuan-tuan puteri pun da tau begitu juga en. papa...
takde lah masalah terjerit terlolong tanya seluar mana pkai dengan baju mane mama/sayang?

nak lagi memudahkan kerja, bonda selit panties Insyirah dalam baju tu.
bile buka lipatan baju tu, Insyirah terus ambil panties yang memang da terselit dalam lipatan baju untuk dipakai.
(bonda ajar Insyirah pakai panties secara permanent seawal usia 3tahun)
dengan cara ini juga, kadang-kala Insyirah kemas sendiri tau beg dia yang nak di bawa ke taska.
Insyirah juga pasti akan selitkan panties dalam lipatan baju-baju dibawa seperti yang bonda praktikkan
(kepimpinan melalui teladan, hehehe)



inilah rupanya SEBELUM dan SELEPAS menggunakan pelipat gajet pelipat baju...
ada bezanya pada bonda...saiz baju yang dilipat dah SAMA


Yang ini pula level baju dipakai siang...
saiz lipatan dah SAMA



Ini pula laci baju Nurul Iman...
Laci ni sejak bonda bujang...
Dari Nurul Insyirah da sampai ke Nurul Iman...
Dalam laci ni, bonda dirikan setiap baju Nurul Iman yang dilipat.
Cara lipatan masih sama dengan cara lipatan baju Nurul Insyirah.



Hahhh...nampak x keberkesanan cara malas ni???
Bukan tak boleh lipat tanpa gajet kan tapi bonda nak saiz yang SAMA tu...
apepun, bonda puas ati.
Anda macam mana??? hehehe


Sekian,

luv insyimanhafiz,
Peace!!!



notahhujungkarangan : rindu nak menaip cerita susunatur sebenarnya.

Wednesday, November 12, 2014

#ClothDiaper : Stripwash

Assalamualaikum wbt...
Untuk cerita #ClothDiaper kali ni bonda nk share bout stripwash plak.

Kalau sape perasan, dalam n3 #carapengendalianCD yang bonda da post sebelum ni, ade 1 word iaitu stripwash.

Sebelum apa2, mey bace sini kenapa perlu stripwash???
Tujuan stripwash adalah untuk membersihkan insert yang mungkin mengandungi sisa sabun yang terkumpul di dalam lapisan kain pada insert.
Stripwash perlu dilakukan apabila CD yang dipakai mudah bocor, atau cepat berbau hancing.
Ini kerana lapisan minyak telah terbentuk akibat sisa sabun yang tertinggal pada CD membuatkan insert kurang menyerap.

Cara ringkas melakukan stripwash:

1.  Basuh dan bilas kesemua insert tanpa sabun. Gunakan setting quickwash.

2. Basuh, bilas, spin semua insert dengan Sunlight (rumah bonda mmg guna sunlight).
     Gunakan setting normal.

3.  Basuh, bilas, spin semua insert tadi dengan sabun basuh CD.
4.  Basuh, bilas, spin semua 
insert tanpa sebarang sabun untuk hilangkan sisa sabun.

* Sunlight boleh diganti dengan cuka
** boleh juga menambahkan soda bikarbonat yang bertujuan menggebukan kembali insert

Sekian, perkongsian bonda untuk rini.

luv insyimanhafiz,
peace!!!

Hingga Titisan Dakwat Terakhir

                    Namaku Biru. Aku dilahirkan di sebuah kilang membuat alat tulis di negara Malaysia. Setelah siap diproses, aku dibungkus di dalam sebuah kotak bersama ribuan rakan yang serupa rekaannya dengan diriku. Selepas dibungkus, kami dihantar ke sebuah kilang. Di sana, badan-badan kami telah dicetak dengan jenama Faber-Castell.


-lakonan semula-
                    
                    Aku diperbuat daripada plastik. Badanku diisi dengan cecair berwarna biru yang dipanggil dakwat. Setelah itu, badanku disarung dengan baju yang berwarna jernih, dipakaikan kasut bewarna biru serta diberikan topi juga bewarna biru. Pada hujung badanku terdapat satu mata yang dipanggil mata pena. Mata penaku bersaiz 0.7. Maka, siap sempurna sudahlah diriku sebagai sebatang pen.

                    Dari sebuah kilang, aku dan rakan-rakan ditempatkan di sebuah gudang. Kemudian, kami dihantar ke sebuah stor. Aku pasti, ini adalah stor alat tulis kerana di dalam stor tersebut, terdapat kertas kajang, pensil, pemadam, kertas A4 double A dan bermacam-macam lagi alat tulis yang tidak terkira banyaknya pada pandanganku. Berkampunglah kami semua di situ.

                    Pada suatu hari, aku serta rakan-rakan yang sekotak dengan ku telah dikeluarkan dari stor tersebut. Kami dibawa oleh seorang lelaki berkaca mata dan berkopiah putih ke sebuah pejabat. Sepanjang perjalanan ke pejabat lelaki tersebut, kami telah menaiki kereta dan melalui jambatan Pulau Pinang yang pertama. Indah tidak terperi pengalaman ini bagiku. Dari dalam kenderaan kami dibawa keluar dan menaiki lif ke aras empat sebuah pejabat. Ini juga satu pengalaman baru bagiku iaitu menaiki lif. Setelah dipunggah, aku dan kawan-kawanku telah dimasukkan ke dalam sebuah almari besi kemudian pintu almari itu ditutup. Maka, gelap gelita dunia kami buat seketika. Dari dalam almari tersebut, kami hanya menerima sedikit cahaya dari celahan pintu. almari. Setiap hari pintu almari besi ini pasti akan dibuka tetapi mereka yang membuka pintu almari itu tidak pula mengambil diriku atau rakan-rakanku sebaliknya mengambil sampul surat yang pelbagai saiz, fail kulit putih, sampul kecil yang bewarna kuning ataupun kertas minit. Mereka semua adalah rakan-rakanku sepanjang aku berada dalam almari besi itu. Setiap helai yang keluar pasti akan tersenyum girang sambil mengucapkan selamat tinggal kepada kami yang masih setia dalam almari besi tersebut. Mereka bangga kerana dapat berkhidmat. Aku perhatikan sampul surat sangat berkepentingan dalam pejabat tersebut.

                    Hari demi hari berlalu dengan pantasnya. Setelah sekian lama bermastautin di dalam almari tersebut, pada suatu hari pintu almari besi itu dibuka seawal pagi. Maka terpancullah seorang wanita berpakaian seragam sedang mencari-cari sebatang pen. Wanita tersebut mengambil beberapa batang pen untuk diuji cuba dakwatnya. Diriku tidak terkecuali berada dalam genggaman tangan wanita tersebut. Setelah menguji cuba dakwat aku dan rakan-rakanku, akhirnya aku menjadi pilihan wanita tersebut. Dari dalam bilik stor, ak dibawa keluar berjalan sehingga ke meja wanita tersebut. Seusai sampai di meja tuan baruku, aku terus digunakan. Aku berasa bangga kerana dapat berkhidmat untuk tuan baruku. Tuan aku telah meletakkan label nama -INTAN- di atas badanku yang ditulis di atas secebis sticker bewarna putih. Aku berfikiran, nama tuan baruku adalah INTAN.

                    Menurut cerita dari tuan aku kepada rakan sepejabatnya, seandainya aku tidak dilabelkan pasti aku telah hilang. Seronok rasanya apabila dapat berkhidmat sepenuhnya kepada tuan aku. Setiap hari tuan aku akan menggunakan aku. Kadang-kadang aku diselit di dalam diari untuk dibawa menghadiri mesyuarat. Setelah tamat waktu pejabat, aku pasti akan berehat dengan senang lenang kerana esok aku akan terus berkhidmat untuk tuan aku.

                    Darah biru aku semakin hari semakin berkurangan. Aku risau kerana suatu hari nanti pasti aku tidak lagi dapat berkhidmat untuk tuan aku. Apa yang aku takuti akhirnya terjadi. Kini, setelah beberapa bulan berkhidmat dengan  tuan aku akhirnya darah biruku kehabisan jua. Inilah dikatakan berkhidmat sehingga ke titisan dakwat yang terakhir.
-aku sebatang pen-



                    Sebelum aku dibuang ke dalam bakul sampah, aku dapat melihat rakan seangkatan ku telah dibawa keluar dari almari besi untuk berkhidmat dengan tuan ak. Seperti juga aku, rakanku juga telah dilabelkan oleh tuan aku tapi, aku dapat melihat tarikh pada label tersebut. Mungkin tuan aku ingin mengira jangka hayat rakanku. Bertuahnya badan sahabatku itu, kerana jangka hayatnya dicatatkan oleh tuan aku.


                    Terima kasih puan cantik kerana menggunakan aku sehingga titisan dakwat terakhir serta menjagaku sebaik mungkin. Buat sahabatku, berkhidmatlah dengan sebaik mungkin kerana tuan kita sangat dedikasi orangnya. Begitulah tamatnya kisahku sebatang pen yang berjasa. Kini, aku telahpun dibuang ke dalam bakul sampah.
-tamatlah riwayat aku, sebatang pen-


#nangiscikguBMbacekaranganbonda
#hilangsudahskillmengarang
#iniadalahceritabenar
Designed by UMIESUEstudio 2014 FOR INSYIMANHAFIZ