Followers

Friday, December 29, 2017

Sifir

اَلسَّلاَ مُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Back to school

Saturday, December 9, 2017

Malas vs Kreativiti

Assalamualaikum wbt
hehehe, kerajinan ditambah dengan rasa ada idea untuk menaip...

Tiada la cerita menarik, kebaboombastik, hehehe...
sekadar idea kemalasan bonda...

Apa guna belajar buat kotak masa kecil-kecil dulu kalau tak diaplikasikan?
Mesti sejuk perut arwah mak kalau tengok bonda aplikasikan apa yang mak pernah ajar dulu, hehehe.



ini adalah kotak hasil lipatan kertas terpakai yang bonda hasilkan.
Tapi, untuk kegunaan apakah?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Tadaaaaaaa!!!
buat mangkuk untuk bonda bersantap, hahaha...

MALAS

vs

KREATIVITI



since  Mei 2017 lepas bonda da bertukar tempat kerja...
dr Seberang Jaya ke Perai, (huhuhu - muka sedih tau!!!)

Kat tempat kerja baru ni,
Bonda bertugas di luar kawasan pejabat pentadbiran...
Bila nak sarapan, bonda malas nak ke pantry  dalam pejabat...
so, bonda lebih selesa makan bekalan yang dibawa kat tempat bonda bertugas.

Tapi kannn...
Bekal bonda kekadang beli siap kalau rajin adalah #airtanganbonda...
Walaupun bonda membawa bekal, tetapi wujud kemalasan...

Bonda jarang sekali menggunakan tipuware untuk membawa bekal,
kalau tupperware tu lagi la jauh panggang dari api kan, hahaha...

Bonda bungkus je bekalan dengan plastik bungkus makanan.
hahhh, nampak tak keMALASan bonda terserlah di situ???

Namun,
dek kerana kemalasan,
sel-sel otak terus berhubung membina kreativiti...
hehehe

ok,bye

Peace no war,
Love insyimanHafiz

Wednesday, December 6, 2017

Berapa Banyak Buku Teks?

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt...

Wahhh, berkobar-kobar bonda nak update  cerita kali ni...
Semangat untuk berkongsi dengan semua dan sangat berharap perkongsian ini bermanfaat...

Masa sebelum cuti sekolah yang panjang ni,
En Papa ada tanya bonda : berapa banyak buku teks Insyirah?

Kenapa wujud soalan ni? (bonda is confused, hahaha)
Sedangkan en papa kurang mahir pengurusan buku sekolah anak-anak...

Lepastu, en papa cerita :
Ni, dalam group whatsapp parents pakat tanya kat cikgu.
berapa banyak buku teks?

hohoho, bonda sedikit kurang senang!
Sebab???
Buku anak-anak kita yang dipinjamkan itu kan menjadi tanggungjawab kita,
untuk mendidik anak-anak menghargai.

Cerita habis di situ sebab bonda tahu Syirah seorang yang bertanggungjawab.
Segala buku-buku sekolah dijaga sebaik mungkin.
Bonda pun dah boleh lepaskan Syirah untuk kemas jadual sekolah sendiri setiap hari.

OK, apa pula projek yang bonda nak share kali ni?

Kita thru pada gambar je boleh tak?

ini adalah senarai buku teks yang diterima oleh Syirah untuk tahun 2018.

Bonda terlebih rajin, susun ikut abjad.
Ada 8 buah buku, makanya kita labelkan no seperti dalam gambar
1/8
2/8
3/8
.
.
.
&
8/8



bonda print 8 keping nombor seperti di atas untuk ditampal di atas buku teks



buku yang diterima oleh Syirah berbalut semuanya dengan pembalut segera.
bonda tak buang pembalut yang sedia ada, bonda hanya tampal nombor di atas pembalut berkenaan.
Guna selotape  je lekatkan no berwarna hijau tu...





Hasil akhir : mata love love love
Bonda doublekan pembalut jernih berkenaan

Kenapa bonda tampal di dalam pembalut?
Supaya tiada la yang gatal tangan membuang nombor berkenaan.



Apa RASIONAL nya bonda labelkan nombor pada setiap buku teks?

1. Supaya mudah dikesan setiap sebuah buku.

2. Memudahkan proses pemulangan buku teks pada hujung tahun 2018 nanti.

3. Secara tak langsung, bonda tahu jumlah buku teks Syirah = 8 buah semuanya.

Sekian, perkongsian kali ini.
Semoga bermanfaat.

Peace no war,
Love insyimanHafiz

Designed by UMIESUEstudio 2014 FOR INSYIMANHAFIZ