Followers

Thursday, December 5, 2019

#DiY : Plastik Dobi versi "Shower Cap"

اسلام عليكم ورحمة الله

Ya Allah...lama kan bonda tak bersiaran...
Kerja kan, sibuk ke buat-buat sibuk? 
.
Ok lah, kali ni bonda nak share sesuatu idea yang muncul masa
terpaksa menghadiri meeting dekat Dengkil dua tiga hari lepas...
(nampak tak, masih fresh story ni, sebab tu jadi ayat dua tiga hari lepas)

Hanya untuk satu malam tapi bonda punya beg macam seminggu bak kata Cif...

Ada sesuatu yang bonda terlupa masukkan dalam beg masa tu...

Bila da check-in dan mandi,
baru perasan tiada plastik dobi yang bonda bawa untuk asingkan baju yang terpakai...

Hari nak check-out muncul la idea Plastik Dobi versi "Shower Cap"
Tapiii, kaedah ni hanya sesuai untuk yang bermalam satu malam.
Ye laaa, baju terpakai yang sangat sikit kan...

Shower Cap yang disediakan dalam bilik hotel

telah

bertukar

menjadi

Plastik Dobi versi Bonda

mudahkan?
anda hanya perlu kreatif dan pelbagai,
InsyaAllah, semuanya boleh setel.


Sekian, salam blog yang kian bersawang...
.
Love, insyimanhafiz

Saturday, April 20, 2019

#SusunAtur : Sayur-sayuran

اسلام عليكم ورحمة الله
dan Selamat Berhujung Minggu semua.

Bonda nak share sikit cara penyimpanan sayur yang digunapakai ketika ini 😅


Dulu tapaw makanan dengan polisterine...
Tak elok kan?
sebb chemical  bertindak balas dgn wap makanan...

Now benda alah tapaw ni org panggil ape ek korang? 🤣🤣🤣



Bonda kitar semula, padahal blambak tipuware n tupperware dalam storage...
aje pemalas kan prangai 😜😛😝

lagi satu, benda alah ni ade lubang pengudaraan yang membuatkan tak berwap panas @ sejuk dalamnya...
idok le lembik benyek sayur korang dalam tu...

#susunatur
#inicarabondalesungpipit

Wednesday, April 17, 2019

#pjj : Bukan Sindiran Tapi Realiti

Assalamualaikum wbt.
Bonda terpanggil untuk kongsi dengan warga media terutamanya student.
Sebab bonda sendiri sejujurnya menggunakan media internet untuk mencari sekalian maklumat demi menyelesaikan tugasan pjj.

Ini antara subjek yang bonda belajar masa sem tiga.
BAHASA MELAYU.
Walaupun berbangsa Melayu tapi ilmu yang terkandung dalam subjek ini bukan sesuatu yang mudah untuk diterokai.

Jom, bonda kongsikan sedikit tugasan bonda yang dikembalikan oleh pensyarah.
Mana-mana kekurangan yang ada tu,
moga kalian tak ulang dalam tugasan terutamanya dari segi perkataan.

Dari 10 senarai pilihan, bonda memilih tugasan nombor 7.
Masa buat pilihan ni, lagu Amboi nyanyian Altimet sangat menarik hati bonda.
Perspektif kita setiap pendengar adalah berbeza.
Bonda menganalisis mengikut kefahaman sendiri.
.
.
.
Mari, baca sedikit perkongsian bonda.

sama ada  terdiri daripada dua patah perkataan
(sama ada secara) 





bertujuan / untuk adalah membawa maksud yang sama
kebanyakan  terdiri daripada 1 K sahaja.




membaiki
BUKAN 
memPERbaiki

ianya : bonda kurang mahir penggunaan word tersebut

merupakan dan adalah nampak seolah-olah sama tapi,
rujuk semula pada maksud sesuatu ayat.

sekali lagi penggunaan perkataan ianya
mendapat perhatian pensyarah dalam tugasan ini 😅😅😅


Ok. ini semrai rujukan bonda dan semuanya adalah melalui internet.
Inilah punca kenapa bonda nak kongsi dengan kalian.
Semoga ianya bermanfaat untuk anda.


Dengan markah ini meyakinkan bonda untuk berkongsi dengan sekalain pembaca.

Tuesday, January 29, 2019

#BackToSchool : Alkisah Pensil Bertutup

Assalamualaikum wbt . . .
blogwalking blog sendiri ni rupanya 2 minggu lepas last updated.

Tiada ceritera yang menarik tapi masih berkisar perihal anak-anak #backtoschool.
Ini juga adalah permintaan tuan-tuan puteri.
Bonda turutkan asal mereka berdua happy.

Permintaan yang tak seberapa pun.
Nak tutup untuk pensil-pensil dia orang.

Sebelum ni, bonda dah cerita pun pasal penutup pensil.
Tapi cerita tu tentang penutup pensil bonda di pejabat.
Itu pun pejabat lama.
Sekarang bonda pon da tukar pejabat, Hu . . . Hu . . . Hu . . .

Jom, kita check it out sedikit inovasi pada raw material penutup pensil ni, He He He

Entry sebelum ni, bonda guna lebihan pembalut hadiah, gunting bagai.
Tapi, tidak lagi di tahun 2018.
Bonda inovasi menggunakan note pad.
Kerja lebih pantas dan lebih warna warni. Ha . . . Ha . . . Ha . . .

Kalau tengok gambar di atas,
tiada langsung penggunaan gunting seperti cara sebelum ni.



OK, siap.
tak lari jauh dengan cara buat sebelum ni.
Cumanya, kali ni tidak menggunakan lebihan pembalut hadiah dan juga
tiada penggunaan gunting.



Sekian, perkongsian kali ni.
Moga bermanfaat.



N O T A : mata pensil yang baru lepas sharp tu terjamin seketika bila simpan dalam pencilcase.

Friday, January 11, 2019

#BackToSchool : Alkisah Buku Teks

Assalamualaikum wbt . . .
Di kala rajin bertandang,
makanya terhasil la beberapa entry di bulan Januari 2019.

Bonda berharap sesiapa yang nampak link setiap entry di status whatsapp bonda,
bertabahlah anda. HaHaHa . . . . . . . 
Kalau rajin click link dan bacalah perkongsian yang tak seberapa ni.
Moga bermanfaat.

Jom, kita ke agenda sebenar entry ni.

Ini lebih kepada kisah Nurul Insyirah (Syirah),
kakaknya Nurul Iman.

ALKISAH BUKU TEKS.

Subjek pelajaran sekarang tak macam zaman bonda dan puan-puan kan?
Terlalu banyak subjek dan
buku teks juga ada pecahan
* Bahasa Malaysia 1 & 2
** Matematik 1 & 2
*** English 1 & 2 

Uuuhaiii, pening bonda.
Tapi semua itu sehingga darjah tiga je ye puan-puan.
Bila bonda balut buku teks syirah yang darjah empat,
tiga subjek di atas hanya ada satu buku.

Tapi kannn, tapi . . .
seram la bonda tengok subjek diorang.
Ada matapelajaran Sejarah darjah empat.
Kita dulu mungkin terkenal dengan subjek Kajian Tempatan.
Bila buka bab 1 buku Sejarah, terbeliak mata bonda (0_0)
Bab 1 sejarah darjah 4 adalah bab 1 Sejarah masa bonda Form 1.
Tapi hanya pengenalan, belum details.

Bonda risau, mampu ke anak-anak bonda 'menggalas' subjek yang dipelajari?
Jauh di sudut hati,
bonda panjatkan doa dalam setiap sujud
agar tuan-tuan puteri terang hati setiap kali menerima pelajaran.

Ok, berbalik semula pada alkisah buku teks.

Seperti entry sebelum ini, gambar ni juga antara yang tersimpan rapi
dalam galeri gambar siap berwatermark. HaHaHa . . .



Darjah 3 2018,
terdapat 8 buah buku teks
yang dibekalkan oleh pihak sekolah

Nampak tak?
Bonda da nomborkan 1/8 sehingga 8/8
menandakan 8 buah buku teks milik Insyirah keseluruhannya.
1 mewakili buku pertama dan seterusnya.



Kerajinan berganda menyebabkan bonda print nombor tersebut
(Tahun ni, darjah 4 bonda tulis tangan je guna sharpie pen atas kertas sticker, HuHuHu . . .)



Kemudian,
bonda lekatkan pada setiap buku teks
seperti yang disenaraikan pada gambar pertama di atas.




Ok, lebih details,

Apa logiknya di sini?
Bila nombor di dalam, tiada seorang pun mampu tanggalkan nombor tu.
Makanya, tersemat rapi la nombor tersebut sehingga ke hujung tahun tatkala
sesi pemulangan buku teks berlaku.

Apa mudahnya bonda?
Mudahnya bila Syirah bersuara :
"Mama, esok cikgu cakap suruh pulangkan buku teks"
Mama : "Ok, amek semua buku susun ikut nombor dan ikat"

Ini bukan arahan ya, tapi cara bonda mendidik / mendisiplinkan tuan-tuan puteri.
Biar dia sendiri tahu bagaimana rasa tanggungjawab ke atas barang yang dipinjamkan.

Apa yang pasti, bonda tak mampu ingat semua buku yang dipinjamkan oleh pihak sekolah.
Ini salah satu cara bonda nak tahu jumlah buku yang dipinjamkan.

Pernah sekali tu,
Syirah balik mengadu :
Mama, buku English Syirah hilang.

Mama : bawa tak g sekolah tadi?
Syirah : Bawa tapi masa teacher minta takde,
                teacher marah cakap Syirah tak bawa buku.

Mama : Ok, takpe. Esok Syirah cari kat sekolah kat kawan-kawan.
               Buku Syirah kan ada nombor.

Esoknya lepas balik sekolah Syirah cakap dah jumpa buku.
Ada pada kawan dia.

Syirah : Syirah gaduh dengan kawan Syirah dia cakap tu buku dia.
                Tapi Syirah cam la buku Syirah. Kan kat luar mama da bubuh nombor.

Cara bonda berkeksan, yeayyy . . . (tepuk tangan dalam hati masa dengar Syirah cerita)

2019 tahun kedua bonda praktikkan tampal nombor pada buku teks.

Sehingga entry ni dikarang Nurul Iman belum dapat buku teks lagi.
dan bonda juga akan mempraktikkan cara yang sama pada buku teks Nurul Iman.

Tapi bila la si kecik tu nak dapat buku teks?
Tahu tak nak membalut buku teks yang melambak tu memerlukan
kerajinan dan kesabaran tahap maksimum. HaHaHa . . .

Ok, sekian sahaja perkongsian bonda untuk kali ini.
Moga bermanfaat untuk semua ibu yang membaca.



N O T A : Alam & Manusia, Kajian Tempatan dan Kemahiran Hidup.



Designed by UMIESUEstudio 2014 FOR INSYIMANHAFIZ