Followers

Monday, October 27, 2014

#ClothDiaper : Cara Pengendalian

Assalamualaikum wbt...
Kali ni bonda nk share plak cara pengendalian #clothdiaper.


Jika anda adalah ibu bekerjaya spt bonda,
jangan takut sekiranya ingin menggunakan CD ketika menghantar anak2 ke babysitter (BS),
TAPiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii, pastikan bekalan CD yg dihantar ke BS tu 
CUKUP.
Untuk memudahkan tugas BS, (sebab ada BS yang taknak handel CD ni kerana leceh)
caranya : simpa je CD yang telah dipakai ke dalam wetbag atau plastic bag tanpa perlu dibilas oleh BS.
Kalau nak memudahkan kerja BS untuk membersihkan CD, bolehlah applykan nappy liner.
Makanya, senang la kerja BS. Hanya buangkan nappy liner tu dan tak adalah CD banyak kesan poo supaya CD lebih mudah untuk dibilas.

*** Pengalaman bonda sendiri
Bonda menghantar 3 keping CD yang berisi 2 insert setiap 1
Bonda bekalkan 3 keping xtra insert

&
1 wetbag

*** Alhamdulillah, BS Bonda bilaskan setiap CD yang Nurul Iman pakai setiap hari.
Adakalanya, bila BS terlupa masukkan CD dan insert dalam wetbag yang bonda bekalkan,
makcik zahrah akan tolong basuhkan. Syukur sangat dapat BS cmni.

Bila sampai rumah, ambil semua CD-CD yang telah dipakai tadi. Letak je bawah shower bagi shower yang tolong bilaskan CD-CD tu atau mandi je dengan CD tu tp jangan sabunkan CD tu ye.




Kemudian, bilas setiap CD smpai hilang kesan poo dan perah.
Insert boleh diperah dengan kuat tapiiiiiii JANGAN PERAH COVER DENGAN KUAT takut lapisan laminated koyak.


Jika warna poo masih ada pada CD, jangan risau!
Lepas basuh dalam mesin dan jemur pada matahari, warna tu akan hilang.

Bonda akan bilas dan basuh setiap hari kerana memang pengguna CD sepenuhnya.

Bonda juga syorkan pada korang basuh CD menggunakan mesin basuh untuk pembersihan yang lebih optimum.
Jika korang rajin sangat nk membasuh secara manual dengan tulang 4 kerat korang,
JANGAN berus CD.
Gosok-gosok manja dan bilas dengan air yang banyak





Untuk basuhan menggunakan mesin basuh,
masukkan cover ke dalam net untuk menjaga kualiti cover dan button.
Gunakan setting normal untuk basuhan tapi setkan 3 kali bilas.
Digalakkan melakukan stripwash sekurang-kurangnya 2 bulan sekali.
Hanya sabun untuk CD saja dibenarkan seperti sabun
~ Pureen HAD,
~ Autumnz - Baby Safe Laundry Detergent,
~ Rockin' Green Detergent,
~ LunaCare Detergent,
~ Cosway Ecomax,
~ Cosway Kiddiewash {{{ 
Bonda gunakan yang ini


Kuantiti sabun tu mestila ¼ dari jumlah yang diperlukan.

sekian, perkongsian bonda kali ni.

luv insyimanhafiz,
Peace!!!

4 comments:

nurin khairi said...

tq for the post. saya memang nak google tgh cara pengendalian CD sebab nak refresh balik. dah 2 tahun tak guna CD, tapi nak ajar balik my daughter sementara tgh nak ajar potty training.

saya dah 5-6 hari jugak guna CD, tapi dah terguna sabun mandi baby utk basuh. Saya dah hilang sabun lunatots khas, oleh itu, boleh ke kalau nak bilas tanpa sabun, guna air je? Tak berbau ammonia ke kalau kita tak guna sabun?

bondalesungpipit said...

boleh basuh dgn cuka sekiranya xde sabun yg dibenarkan utk CD...tp jgn setiap kali basuh CD yg same guna cuka lak. rosak CD, Sayanggg...

care bonda : bile da bilas manual...bonda akan bilas skali lagi dgn mesin basuh...pastu br cuci dgn sbun gune w/m gak...

nurin khairi said...

knp bilas sampai dua kali - dgn tangan n mesin basuh? sbb nak bagi bersih dulu sebelum betul2 dibersihkan dgn washing machine ke?

bondalesungpipit said...

sebb nk bg btol2 bebas dari air kencing...pastu baru basuh dgn sabun...

Designed by UMIESUEstudio 2014 FOR INSYIMANHAFIZ