Followers

Friday, February 6, 2015

#Resepi : Roti John Ikan Kurung

Assalamualaikum wbt...
Untuk n3 kali ni bonda nak bercerita tentang menu pula...
Bosan juga bila balik kerja kena fikir nak masak apa...
Ya la, kalau hari-hari makan nasi naik jeeemu jadinya...
Makanya, bonda sendiri fikirkan untuk kelainan menu...
Kalau tanya en. papa, mudah sahaja jawapannya "Sayang masak la apapun"
Hahhh, kan buntu memikirkan nya...
Untuk itu, terciptalah menu "Roti John Ikan Kurung"

Bahan-bahan :-
1. Roti (bonda guna roti petak macam roti ais krim tu)
2. Sardin (ikan kurung)
3. Sayur
   * Lobak merah - sayur wajib nurul Iman
   * bawang (potong dadu @ hiris halus)
   * salad (bonda ricik/hiris halus sebab kalau nmpak dek insyirah cmfirm dia tak mkn so bonda kene                   kreatif supaya insyirah makan sayur dalam menu ni)
   * cili merah (hiris halus)
   * sayur-sayuran ni ikut citarasa sendiri sebenarnya
4. Telur
5. Garam
6. Serbuk Lada hitam (ini kegemaran bonda, jadi bonda bubuh la sket)



Cara-caranya :-
1* ricik / hiris segala sayur (bawang, cili merah, salad dan lobak merah) 





2* lenyekkan "ikan kurung" (sardin) dan taburkan garam beserta serbuk lada hitam





3* Satukan sayur dan sardin yang telah diperasakan tadi kemudian pecahkan 2biji telur dan ratakan





4* panaskn kuali leper, griskan dengan planta
- bile planta dah mencair dan panas, sedukkan campuran telur bersama sayuran tadi ke atas kuali
- apabila campuran telur tadi agak garing, boleh lah ditekapkan roti ke atas campuran telur dan sayur.
- apabila da cukup masak, bolehlah diangkat
- kemudian, bonda picitkan sos cili dan mayonis lalu ditekapkan.





Akhirnya, SIAPPP
inilah hasil #airtanganbonda
untuk memudahkan acara menjamu selera, bonda potong kepada 4 bahagian bagi setiap 1 roti

Alhamdulillah, kenyang sekeluarga 4 beranak.

Sekian,
luv insyimanhafiz,
peace(",)

3 comments:

eima said...

ooo ikan kurung tu sardin hahhaha ..ingatkan pe la tdai

bondalesungpipit said...

eima : hehehe...

Miss N said...

comel namanya... ikan kurung.... oh ikan sardin

Designed by UMIESUEstudio 2014 FOR INSYIMANHAFIZ