Assalamualaikum wbt...
Dah lama sangat bonda tak bersiaran...
Untuk kali ni, bonda bercerita tentang Majlis APC JKDM Pulau Pinang 2014.
Malam tu bonda diamanahkan untuk menjadi juruacara majlis...
Dalam n3 ni bonda nak share #susunatur teks juruacara majlis...
Kalau sesiapa nak copy paste nanti, silakan...
Kalau yang terbaca ni n rase ade persamaan dengan mane-mane artikel, MAAF...
Ada juga yang bonda copy paste tp tak boleh nak tag la sebab dah tak ingat copy paste dr mane
Bersama pasangan emcee...x discuss tema...
Ok, jemput baca teks yang telah bonda karang
Acara | Teks Pengacara | Catatan |
Acara 1 | Mengumumkan ketibaan | |
Ketibaan wakil Ketua | Yang Berbahagia, Dato' Haji Matrang bin Suhaili, | JAZ |
Pengarah Kastam | Timbalan Ketua Pengarah Kastam Malaysia | |
Malaysia | Penguatkuasaan dan Pematuhan | |
bersama isteri, | ||
Yang Berbahagia, Datin Sharifah Halimah bt. Tunku Taha. | ||
Acara 2 | Dari Dewan Pulau Jerejak Komplek Kastam Seberang Jaya, | |
Tarian Pembukaan | Pulau Pinang mempersembahkan… | INTAN |
-Tarian Pembukaan- | ||
Terima Kasih diucapkan kepada JKDM Fitness Dancer dari | ||
Kumpulan Kesenian dan Kebudayaan JKDM Pulau Pinang | ||
Acara 3 | ||
Alu-aluan | Renyai menyapa gerimis petang, | JAZ |
Pengacara Majlis | Mari berteduh di pohon bidara, | |
Pemanis kalam Selamat Datang, | ||
Awal Bismillah pembuka bicara. | ||
Bismillah hirrahman nirrahim…. | ||
Assalamualaikum wbt, | ||
Salam Sejahtera, | ||
Salam 1 Malaysia dan | ||
Salam 1 Kastam | ||
Jejaran mengkudu berbias kesuma | ||
Di celah angsana di Tanah Jawa | ||
Ucapan Aluan pembuka bicara | ||
Di Dewan Jerejak kita bersua | ||
Acara 4 | Yang Berbahagia, Dato' Haji Matrang bin Suhaili, | |
Alu-aluan | Timbalan Ketua Pengarah Kastam Malaysia | INTAN |
Pengacara Majlis | Penguatkuasaan dan Pematuhan | |
dan isteri, | ||
Yang Berbahagia, Datin Sharifah Halimah bt. Tunku Taha. | ||
Yang Berbahagia, Dato' Haji Zulkifli bin Yahya | ||
Pengarah Kastam Negeri Pulau Pinang | ||
Yang Dihormati, Tuan Abdul Latif bin Abdul Kadir | ||
Pengarah Kastam Negeri Kedah | ||
Yang Dihormati, Tuan Awai bin Mamat | ||
Pengarah Kastam Negeri Perak | ||
Yang Berbahagia, Dato' Mohd Pudzi bin Man | ||
Pengarah Kastam Negeri Perlis | ||
Yang berusaha, | ||
Tuan Najimudin bin Mohamad Ali | ||
Ketua Bahagian KPSM merangkap | ||
Pengerusi Jawatankuasa Penganjur | ||
Majlis Penyampaian APC Tahun 2014 | ||
Timbalan-timbalan Pengarah Kastam Negeri Pulau Pinang | ||
Penerima-penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2014 | ||
Seterusnya, warga dewan yang dihormati sekalian. | ||
Acara 4 | Kuning emas masaknya padi | |
Alu-aluan | Mawar merah dahan berduri | INTAN |
Pengacara Majlis | Terima kasih daun keladi | |
Kerana sudi bertandang di sini | ||
Majlis dengan berbesar hati mengucapakan Selamat Datang, | ||
Ahlan Wasahlan kepada : | ||
Yang Berbahagia Dato-dato, Datin-datin, | ||
Tuan-puan yang dirai serta sidang hadirin ke | ||
Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidamatan Cemerlang 2014 | ||
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana memberi kita | ||
ruang dan peluang bagi menjayakan majlis yang berprestij ini. | ||
Acara 5 | Menadah tangan tanda kerendahan | |
Bacaan Doa | Lafaz Bismillah memperkukuh tautan | JAZ |
Doa dipohon menagih pengharapan | ||
Agar majlis dinaungi keberkatan | ||
Bagi memberkati Majlis pada hari yang penuh bermakna ini, | ||
marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan | ||
bacaan doa yang akan dipimpin oleh | ||
Tn. Badrul Hisham bin Adam. | ||
Majlis dengan sukacitanya mempersilakan | ||
-Bacaan Doa- | ||
Amin, Amin Amin Ya robbal A’lamin. | ||
Acara 6 | Adat bahasa menyampaikan pesan | |
Ucapan PKN | Adat upacara menyampaikan ucapan | INTAN |
Pulau Pinang | ||
Sebagai pembuka persada ucapan, dijemput | ||
Yang Berbahagia Dato' Hj. Zulkifli b. Yahya | ||
Pengarah Kastam Negeri Pulau Pinang | ||
Untuk Menyampaikan Ucapan Aluan | ||
Yang Berbahagia Dato, dgn Sukacitanya Dijemput… | ||
-Ucapan PKN JKDM Pulau Pinang- | ||
Rama- rama di pohon meranti | ||
Tempat mainan unggas dan mawas | ||
Amanat Dato tersemat di hati | ||
Isi ucapan tuntas dan bernas | ||
Acara 7 | Tak molek jika ada alu tiada lesungnya | |
Ucapan KPK | Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya | JAZ |
Tak lengkaplah majlis jika Dato tidak berbicara | ||
Majlis dengan takzimnya menjemput | ||
Yang Berbahagia, Dato' Haji Matrang bin Suhaili, | ||
Timbalan Ketua Pengarah Kastam Malaysia | ||
Penguatkuasaan dan Pematuhan | ||
Untuk menyampaikan ucapan dan amanat | ||
Majlis dengan berbesar hati mempersilakan | ||
-Ucapan Yang Berbahagia Dato- | ||
Hadirin yang dimuliakan, | ||
Ucapan aluan pembuka acara, | ||
Salam diberi tetamu dimulia, | ||
Ucapan Dato' penuh bermakna, | ||
Dalam hati tersemat setia. | ||
Acara 8 | Yang Berbahagia Dato-dato, Datin-datin, | |
Jamuan Makan dan | Tetamu-tetamu jemputan, penerima-penerima APC yang diraikan | INTAN |
Persembahan Pentas | serta hadirin sekalian. | |
Sungguh indah bunga kemboja, | ||
Di bawah atap tepi halaman, | ||
Juadah sudah letak di meja, | ||
Sudilah santap tuan budiman. | ||
Dijempt semua hadirin untuk menjamu selera. | ||
- Cif Zahari mengendalikan persembahan pentas - | ||
ACARA SANTAPAN | ||
DAN | ||
PERSEMBAHAN PENTAS | ||
Acara 9 | Untuk makluman, | |
Penyampaian | JAZ | |
APC 2014 | Yang Berbahagia Dato-dato, Datin-datin, | |
Tetamu-tetamu jemputan serta hadirin sekalian. | ||
Pada malam ini kita akan meraikan 86 warga JKDM Pulau Pinang | ||
yang akan dianugerahkan ANUGERAH PERKHIDMATAN | ||
CEMERLANG. Ia sebagai menghargai kecemerlangan mereka | ||
dalam melaksanakan tugas yang digalas. TAHNIAH dan SYABAS. | ||
Diharapkan dengan anugerah ini, tuan-tuan dan puan-puan akan | ||
berasa dihargai, disayangi dan seterusnya menjadi penyuntik | ||
semangat untuk bekerja lebih gigih, lebih fokus dan | ||
lebih komited kepada tugas yang diamanahkan selepas ini. | ||
Majlis juga berharap ia akan menjadi pendorong dan motivasi | ||
kepada pegawai-pegawai lain untuk turut mencapai | ||
kecemerlangan serupa di masa akan datang. | ||
Dengan ini, majlis berbesar hati menjemput | ||
Yang Berbahagia Dato' Hj. Zulkifli b. Yahya | ||
Pengarah Kastam Negeri Pulau Pinang | ||
Mempersila dan Mengiringi | ||
Yang Berbahagia, Dato' Haji Matrang bin Suhaili, | ||
Timbalan Ketua Pengarah Kastam Malaysia | ||
Penguatkuasaan dan Pematuhan | ||
bagi menyempurnakan acara ini. | ||
Penerima-penerima APC bagi tahun 2014 dijemput ……………….. | ||
- Rujuk Lampiran - | ||
Yang Berbahagia Dato-dato dipohon untuk terus berada | ||
di atas pentas. | INTAN | |
SYABAS dan TAHNIAH majlis ucapkan kepada | ||
pegawai-pegawai yang dianugerahkan Perkhidmatan Cemerlang. | ||
Acara 10 | Yang Berbahagia Dato-dato, Datin-datin, | |
Penyampaian | Para jemputan serta hadirin sekalian. | INTAN |
Cenderahati | ||
Sebagai tanda penghargaan, majlis menjemput | ||
Yang Berbahagia Dato' Hj. Zulkifli b. Yahya | ||
Pengarah Kastam Negeri Pulau Pinang | ||
untuk menyampaikan cenderahati sebagai tanda ingatan kepada | ||
Yang Berbahagia, Dato' Haji Matrang bin Suhaili, | ||
Timbalan Ketua Pengarah Kastam Malaysia | ||
Penguatkuasaan dan Pematuhan. | ||
Seterusnya, majlis menjemput Yang Berbahagia | ||
Datin Shimah bt Redzuan untuk menyampaikan cenderahtai | ||
kepada, Yang Berbahagia Datin Sharifah Halimah bt Tunku Taha. | ||
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan | ||
Majlis dengan berbesar hati menjemput Yang Berbahagia | ||
Datin Sharifah Halimah bt Tunku Taha untuk menerima | ||
cenderahati kenang-kenangan | ||
Majlis dengan takzimnya, menjemput. | ||
Majlis merakamkan jutaan Terima Kasih kepada | ||
Yang Berbahagia Dato-dato di atas penyampaian | ||
Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang | ||
dan penyampaian cenderahati sebentar tadi. | ||
-Tarian Penutup- | ||
Acara 11 | Yang Berbahagia Dato-dato, Datin-datin, | |
Penutup | Tetamu-tetamu jemputan serta hadirin sekalian. | JAZ |
Sempurnalah sudah Majlis Penyampaian Anugerah | ||
Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2014 JKDM Pulau Pinang. | ||
Terima Kasih yang tidak terhingga kepada semua warga kerja | ||
Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2014 | ||
Umpama berjalan dah sampai ke batas | ||
Umpama berkayuh dah sampai ke pulau | ||
Umpama memanjat dah sampai ke puncak | ||
Entah sireh salah sorong | ||
Entah kata salah tutur | ||
Terimalah salam, salam bersantun | ||
Salam yang mohon maaf | ||
Salam yang mohon ampun | ||
Kami mewakili Pihak Penganjur Memohon Jutaan Kemaafan | ||
Sekiranya terdapat kekurangan dan kekhilafan bicara | ||
sepanjang mengendalikan majlis ini. | ||
Wabillahitaufik Walhidayyah, Assalamualaikum wbt. | ||
Sekian, terima kasih dari kami. | ||
Bertemakan bollywood
Bersama penari dan dayang-dayang
Bersama penari-penari...tp x cukup pasangan ni...hehehe
Penari dengan costum tarian penutup, punjabi...
Terima kasiih kerana sudi membace...
Luve insyimanhafiz,
Peace with love...
No comments:
Post a Comment