Followers

Friday, January 11, 2019

#BackToSchool : Alkisah Buku Teks

Assalamualaikum wbt . . .
Di kala rajin bertandang,
makanya terhasil la beberapa entry di bulan Januari 2019.

Bonda berharap sesiapa yang nampak link setiap entry di status whatsapp bonda,
bertabahlah anda. HaHaHa . . . . . . . 
Kalau rajin click link dan bacalah perkongsian yang tak seberapa ni.
Moga bermanfaat.

Jom, kita ke agenda sebenar entry ni.

Ini lebih kepada kisah Nurul Insyirah (Syirah),
kakaknya Nurul Iman.

ALKISAH BUKU TEKS.

Subjek pelajaran sekarang tak macam zaman bonda dan puan-puan kan?
Terlalu banyak subjek dan
buku teks juga ada pecahan
* Bahasa Malaysia 1 & 2
** Matematik 1 & 2
*** English 1 & 2 

Uuuhaiii, pening bonda.
Tapi semua itu sehingga darjah tiga je ye puan-puan.
Bila bonda balut buku teks syirah yang darjah empat,
tiga subjek di atas hanya ada satu buku.

Tapi kannn, tapi . . .
seram la bonda tengok subjek diorang.
Ada matapelajaran Sejarah darjah empat.
Kita dulu mungkin terkenal dengan subjek Kajian Tempatan.
Bila buka bab 1 buku Sejarah, terbeliak mata bonda (0_0)
Bab 1 sejarah darjah 4 adalah bab 1 Sejarah masa bonda Form 1.
Tapi hanya pengenalan, belum details.

Bonda risau, mampu ke anak-anak bonda 'menggalas' subjek yang dipelajari?
Jauh di sudut hati,
bonda panjatkan doa dalam setiap sujud
agar tuan-tuan puteri terang hati setiap kali menerima pelajaran.

Ok, berbalik semula pada alkisah buku teks.

Seperti entry sebelum ini, gambar ni juga antara yang tersimpan rapi
dalam galeri gambar siap berwatermark. HaHaHa . . .



Darjah 3 2018,
terdapat 8 buah buku teks
yang dibekalkan oleh pihak sekolah

Nampak tak?
Bonda da nomborkan 1/8 sehingga 8/8
menandakan 8 buah buku teks milik Insyirah keseluruhannya.
1 mewakili buku pertama dan seterusnya.



Kerajinan berganda menyebabkan bonda print nombor tersebut
(Tahun ni, darjah 4 bonda tulis tangan je guna sharpie pen atas kertas sticker, HuHuHu . . .)



Kemudian,
bonda lekatkan pada setiap buku teks
seperti yang disenaraikan pada gambar pertama di atas.




Ok, lebih details,

Apa logiknya di sini?
Bila nombor di dalam, tiada seorang pun mampu tanggalkan nombor tu.
Makanya, tersemat rapi la nombor tersebut sehingga ke hujung tahun tatkala
sesi pemulangan buku teks berlaku.

Apa mudahnya bonda?
Mudahnya bila Syirah bersuara :
"Mama, esok cikgu cakap suruh pulangkan buku teks"
Mama : "Ok, amek semua buku susun ikut nombor dan ikat"

Ini bukan arahan ya, tapi cara bonda mendidik / mendisiplinkan tuan-tuan puteri.
Biar dia sendiri tahu bagaimana rasa tanggungjawab ke atas barang yang dipinjamkan.

Apa yang pasti, bonda tak mampu ingat semua buku yang dipinjamkan oleh pihak sekolah.
Ini salah satu cara bonda nak tahu jumlah buku yang dipinjamkan.

Pernah sekali tu,
Syirah balik mengadu :
Mama, buku English Syirah hilang.

Mama : bawa tak g sekolah tadi?
Syirah : Bawa tapi masa teacher minta takde,
                teacher marah cakap Syirah tak bawa buku.

Mama : Ok, takpe. Esok Syirah cari kat sekolah kat kawan-kawan.
               Buku Syirah kan ada nombor.

Esoknya lepas balik sekolah Syirah cakap dah jumpa buku.
Ada pada kawan dia.

Syirah : Syirah gaduh dengan kawan Syirah dia cakap tu buku dia.
                Tapi Syirah cam la buku Syirah. Kan kat luar mama da bubuh nombor.

Cara bonda berkeksan, yeayyy . . . (tepuk tangan dalam hati masa dengar Syirah cerita)

2019 tahun kedua bonda praktikkan tampal nombor pada buku teks.

Sehingga entry ni dikarang Nurul Iman belum dapat buku teks lagi.
dan bonda juga akan mempraktikkan cara yang sama pada buku teks Nurul Iman.

Tapi bila la si kecik tu nak dapat buku teks?
Tahu tak nak membalut buku teks yang melambak tu memerlukan
kerajinan dan kesabaran tahap maksimum. HaHaHa . . .

Ok, sekian sahaja perkongsian bonda untuk kali ini.
Moga bermanfaat untuk semua ibu yang membaca.



N O T A : Alam & Manusia, Kajian Tempatan dan Kemahiran Hidup.



2 comments:

Fizah said...

suka idea ni! spy dpt track brp buku teks yg dpt kan...good job ibu!! :))

syazai86 said...

thn 1 transisi 3 minggu....minggu depan la baru depa dpt buku...

Designed by UMIESUEstudio 2014 FOR INSYIMANHAFIZ