Followers

Tuesday, January 8, 2019

#BackToSchool : Alkisah "Rumah" Pakaian Kecil

Assalamualaikum wbt...

Disebabkan memang ada dalam folder draf,
maka harini bonda publish setelah diedit

Sekiranya masih ada yang sudi singgah dan baca,
TERIMA KASIH daun keladi dari bonda.

Entry kali ni,
da berkurun bonda simpan, setahun.
Rupanya gambar yang bonda edit watermark,
hanya tersimpan dalam galeri hp (tepuk dahi).

Tak lain dan tak bukan,
sealiran tajuk entry, kisahnya mengenai #susunatur barang keperluan tuan-tuan puteri bonda.

Tempat simpanan singlet, panties, legging dan ank tudung untuk ke sekolah.
Zaman bonda di asrama dulu, sniglet dan panties tu warden gelarkan "adik-adik".
"Rumah" Pakaian Kecil ni bonda tetapkan di pintu bilik tuan-tuan puteri beradu.
Mudah untuk bonda pantau.

Ok, let's checkout kisah setahun ini.

1. Gigih dan pulun bonda print hari, potong dan lekatkan doublesided tape.



2. Ini adalah kejadian sebenar.
Ada dua set hari bersekolah iaitu Isnin hingga Jumaat.
Satu dalam bahasa dan satu lagi bonda print in English.

Tapi, walau berlainan bahasa bonda tetapkan pada satu warna.
Contoh :
Monday @ Isnin = biru (mewakili tag pada stokin + panties berwarna biru).
Begitulah seterusnya hingga hari ke-5 bersekolah.



3. Ini adalah rupa kejadian yg kengkap.
Paling kiri in English bonda tetapkan utk si kakak, Syirah.
Yang bahasa sudah pastinya milik Nurul Iman.

Secara tersiratnya,
hari dalam dua versi juga adalah proses pembelajaran untuk tuan-tuan puteri.


Selepas setahun 2018, HuHuHu.
Adushhh, bonda ada dua ank dara BUKAN anak bujang.
Tapi hasil selepas setahun tu macam jaga anak bujang.

Koyak rabak wey . . . (nangis sementara tuan-tuan puteri ni nk disiplin)
Paling win rabak tempat Nurul Iman (bonda tepuk dahi)


Bila da koyak rabak,
makanya ligat la otak bonda berfikir.

Setelah idea hadir di minda,
Kedai ECO dan Mr DiY gagah bonda terokai.

Makanya, hasil terkini sempena persekolahan sesi 2019

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*
tadaaa . . .
buat masa ni bonda belum berkesempatan untuk melabel.
akan bonda usahakan di masa akan datang.

Tapi, tuan-tuan puteri dah expert untuk kenal warna dan hari.

dari kiri bermula bakul warna biru diwakili hari Isnin
dan
diakhiri oleh bakul pink  mewakili hari Jumaat.

Kedai ECO : Bakul 10 biji
RM 2.10 x 10 = RM21

Rod dan cable tight bonda beli kt MR DiY
tapi bukan beli baru untuk projek ni.
Sebaliknya yang memang ada di rumah.
So, jangan tanya berapa RM. Memang bonda kelalen harganya.

Cable tight yang wujud dalam story projek ni adalah bertujuan untuk,
mencantumkan antara satu bakul dengan bakul yang lain
dan
untuk mengikat bakul dengan rod yang dipakukan di piuntu.


Besar harapan bonda agar tak pecah la pula bakul ni. HaHaHa . . . 

OK, itu dulu untuk ketika ini.

N O T A : kaum-kaum ibu yang lain macam mana susun aturnya?


2 comments:

Fizah said...

asing ikut hari ke bonda baju2 kecik ni semua? 0_0 gigihnyaaa!! ^^thumbs up!!

bondalesungpipit said...

yes kak fizah...
sehari ade 1 set...

so total ade 5 set utk 1 mggu sekolah

Designed by UMIESUEstudio 2014 FOR INSYIMANHAFIZ