Ini adalah sekadar penulisan hasil pembacaan bonda bagi menjawab persoalan tugasan bonda.
Sejujurnya bonda sendiri kurang pasti kronologi isu ini
Harapnya tiada sebarang perbalahan dengan perkongsian ini
kerana ini adalah bahagian terakhir perkongsian bonda
Pada sekitar tahun 2009
hinga 2010, Istana Kelantan telah bergolak dengan episod Tengku Temenggong
Kelantan, Tengku Fakhry mencabar kekandanya, Tengku Muhammad Faris Petra di
Mahkamah Tinggi. Tengku Fakhry mencabar keputusan kekandanya, Pemangku Sultan
Kelantan yang membatalkan kedudukan beliau selaku Ahli Majlis Perajaan Negeri Kelantan
di Mahkamah Tinggi. Mengikut sejarah, Tengku
Muhammad Faris Petra telah membatalkan keahlian Tengku Fakhry pada 16 Septmeber
2009.
Pergolakan tercetus
tatkala Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra disahkan gering oleh panel pakar
perubatan yang dilantik oleh kerajaan negeri Serambi Mekah itu. Pada 24 Mei
2009 pula, Tengku Mahkota, Tengku Muhammad Faris Petra dilantik oleh Majlis
Perajaan Negeri (MPN) sebagai Pemangku Raja Kelantan mengikut Perlembagaan
Negeri Kelantan. Pemangkuan ini ekoran Sultan Kelantan tidak boleh menjalankan
tugas hal ehwal negeri mengikut Perkara 22A (1) (b) Undang-undang Perlembagaan
Tubuh Kerajaan Kelantan Bahagian yang kedua. Kerajaan negeri Kelantan tetap
teguh berpegang kepada Perlembagaan negeri Kelantan yakni Tengku Muhammad Faris
Petra kekal sebagai Pemangku Raja yang sah sehinga MPN membuat keputusan
seterusnya mengikut undang-undang. Walaupun dalam pada masa yang sama, ada
pihak lain telah mengisytiharkan pemangkuan itu telah digugurkan.
Sementara itu, Peguam Kanan Persekutuan, Datin Azizah Nawawi yang mewakili kerajaan negeri Kelantan dalam bantahannya berkata mahkamah tidak mempunyai kuasa untuk mengadili isu berkenaan kerana keputusan Pemangku Raja melucutkan keanggotaan Tengku Muhammad daripada Majlis Perajaan Negeri Kelantan, adalah muktamad dan tidak boleh dipersoalkan. Beliau juga menggesa mahkamah untuk menolak permohonan mendapatkan kebenaran berasaskan kepada prerogatif Pemangku Raja mengikut Perkara 5 Perlembagaan Kelantan mengenai pelantikan dan pembatalan anggota Majlis adalah tidak boleh diadili. Beliau turut membantah permohonan bagi semakan penghakiman yang difailkan oleh Tengku Muhammad Fakhry, bagi membatalkan keputusan Tengku Muhammad Faris pada 16 September lepas dan satu deklarasi bahawa pembatalan itu adalah bercanggah dengan Perkara 7 Perlembagaan Kelantan.
Pada 29 Januari 2010, Mahkamah Tinggi telah memutuskan bahawa tindakan Pemangku Sultan Kelantan Tengku Muhammad Faris Petra menyingkirkan adindanya Tengku Muhammad Fakhry Petra daripada Majlis Perajaan Negeri itu tidak boleh disemak semula. Menurut Hakim Mohamad Ariff Md Yusof, sebuah mahkamah undang-undang bukanlah forum yang sesuai bagi membuat keputusan mengenai isu membabitkan hak istimewa diraja kerana sebarang pertikaian perlu diselesaikan sendiri oleh Sultan Kelantan.
Tengku Muhammad Fakhry, yang juga Tengku Temenggong Kelantan, telah mencabar keputusan Tengku Muhammad Faris menyingkirkannya daripada Majlis Perajaan Kelantan pada 16 September 2009. Mengikut Perkara 5 Undang-undang Tubuh Negeri Kelantan, majlis itu bertanggungjawab mengesahkan waris takhta dan menentukan sama ada terdapat kekosongan pada takhta disebabkan ketiadaan Sultan di negeri itu untuk tempoh lebih dari setahun.
Dalam penghakiman tersebut, Hakim Mohamad Ariff memutuskan isu mengenai kedaulatan, hak dan kuasa diraja akan tetap dipelihara dan diakui oleh kedua-dua Persekutuan dan Perlembagaan Negeri. "Artikel 62 Perlembagaan Kelantan menjelaskan sentimen sama di mana ia menyatakan prosiding di mahkamah tidak akan menjejaskan hak, kuasa diraja, bidang kuasa sultan dan kedaulatannya. Dengan jelas di sini kita membicarakan mengenai hak keistimewaan diraja yang tidak sesuai disemak semula oleh mahkamah ini," katanya.
Mengenai hujah yang dibangkitkan peguam Tengku Muhammad Fakhry bahawa Pemangku Raja itu tidak mempunyai kuasa untuk menjalankan tugas sebagai Sultan apabila membatalkan pelantikan beliau sebagai anggota Majlis, dan dengan berbuat demikian telah berlaku satu rampasan kuasa oleh pihak berkuasa atau oleh Pemangku Raja, mahkamah itu berkata: "Tempoh "Yang Amat Mulia Diraja" dalam Perkara 4 Perlembagaan Kelantan adalah ditakrifkan untuk termasuk pengganti dan pendahulu untuk raja, yang dalam kes ini, Pemangku Raja."
Hakim Mohamad Ariff berkata Tengku Muhammad Faris, dilantik sebagai Pemangku Raja pada 2001 apabila Sultan Ismail Petra tidak berupaya akibat gering, Pemangku Raja boleh melaksanakan fungsi-fungsi Sultan tanpa had semasa tempoh tersebut. Mahkamah ketika menolak permohonan semakan kehakiman itu juga memerintahkan Tengku Muhammad Fakhry untuk membayar kos kepada responden.
KESIMPULAN
Konklusinya,
dalam
sistem Raja Berperlembagaan, institusi Raja di Malaysia masih ada peranan
penting dalam beberapa urusan atau pentadbiran negara seperti dimaktubkan
Perlembagaan. Namun, YDPA dan MRR
juga tidak kebal dari undang-undang. YDPA adalah salah satu daripada lima badan
perundangan (Legislatif) yang berada dalam negara Malaysia. Walaupun YDPA
adalah ketua negara yang melantik ketua kerajaan namun segala keputusan yang
dibuat oleh YDPA perlu berlandaskan Perlembagaan atas nasihat ketua kerajan.
RUJUKAN
Abdul Aziz Bari.
2002. Cabinet Principles in Malaysia: The Law and Practice (2nd ed.).
Kuala Lumpur: Other Press.
BERNAMA. (2009). Dari Krisis Rumah
Tangga Ke Krisis Perebutan Takhta. 16 Disember. Mstar
BERNAMA. (2010). Adakah
Kemelut Istana Hampir Penghujungnya. 11 Mei. Mstar
BERNAMA. (2010). Keputusan Mahkamah
Adili Kes Pelucutan Tengku Fakhry Pada Jumaat.
27 Januari. Mstar
BERNAMA. (2010).
Tengku Fakhry Petra
Gagal Cabar Keputusan Pemangku Raja Kelantan.
29 Januari. Mstar
BERNAMA. (2019). Al-Sultan Abdullah
Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Gelaran Rasmi.
15 Januari. BH Online
BERNAMA. (2019). Mufti Pahang jelas
maksud ‘Al’ pada nama Sultan Pahang. 17 Januari. BH Online
Dr Shamrahayu A Aziz. (2017). Memahami Falsafah
Raja Berperlembagaan. 11 April. BH Online
http://www.majlisraja-raja.gov.my/index.php/bm/
https://kadirjasin.blogspot.com/search?q=Sultan+pernah+dihadapkan+ke+Mahkamah+Khas
https://www.parlimen.gov.my/index.php
https://www.parlimen.gov.my/sejarah-institusi.html?uweb=web&
Mohd Nasif Badruddin, Mohd Anwar Patho
Rohman, Suraya Roslan (2019).
Kaedah Pilih Agong. 8 Januari. My Metro
Perlembagaan
Persekutuan. (2011). Kuala Lumpur: International Law
Book Services.
Sejarah Tahun 5
Sekolah Kebangsaan. (2018). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Syahredzan Johan.
(2019). Demokrasi dan Raja
Berperlembagaan. 15 April. Sinar Harian
No comments:
Post a Comment