Followers

Thursday, September 15, 2016

#SusunAtur : Inovasi Pelapik Botol Minyak Masak

Assalamualaikum wbt...
Selamat pagi, selamat tengahari selamat petang atau selamat malam
(bergantung masa mana korang baca entry bonda ni taw, hehehe)

Harini jom bonda kongsi tentang #susunatur di rumah pula...
Last entry bonda kongsi pasal #susunatur pejabat kan???

Dah lama nau gambau ni tersimpan dalam draft  arini moh ler kita mengarang...

Nak cerita sikit inovasi yang bonda lakukan pada "medan perang" bonda yang sekangkang kera tu...

Kisahnya, bila berbelanja keperluan dapur semestinya la kan borong minyak yang tong  besau tu...
Tapi bila nak memasak tak kan la satu kerja pula nak mengangkat botol besau tu tuang minyak ke dalam kuali???
Mestilah minyak masak dari botol besau tu bonda transfer masuk ke dalam botol kecik untuk melancarkan misi serangan di medan perang (hahaha hiperbola melampau ayat)

Di satu sudut medan perang bonda tu,
da tersedia la senjata perang...
salah satu nya rak yang menempatkan minyak masak dan minyak terpakai

Disinilah "persengketaan" bermula apabila...
Minyak masak yang digunakan tu pasti akan ada lelehan akhir pada botol...
Makanya lelehan minyak itu akan melekat pada pelapik yang bonda alaskan pada rak serbaguna...
OK, istilahnya adalah pelapik...
kejadian pelapik itu pula berasal daripada kertas...
Mari la kita belajau sikit --- minyak tumpah atas kertas menghasilkan tompokan minyak...
lama-kelamaan kesan yang amat comot akan kelihatan yang menyakitkan mata bonda dan
menyesakkan dada menghadap kejadian asal pelapik itu...
menjadi rutin la pulak untuk bonda menukar pelapik berkenaan...
dah tu pula, masalahnya untuk mendapatkan kertas keras...
haiii la nasibbb medan perangku yang sekangkang kera, hahaha...

MASALAH :
1. Pelapik kertas perlu ditukar apabila telah comot
2. Jangka hayat pelapik kertas yang singkat

tengok atas (sila dongakkan kepala, hahaha)
gambar di atas adalah pelapik yang bonda maksudkan tadi...
gambau pelapik yang comot tak da la plak untuk dikongsi...
tapi korang yang baca ni bijak pandai tahap gaban, mesti korang tau kan...
rupa comot yang terhasil apabila lelehan terakhir minyak terpalit pada pelapik  ni...

setelah bermesyuarat dengan jiwa dan raga,
berperang dengan hati dan perasaan,
makanya, sel-sel otak pon berhubung dengan waras dan jayanya...
inovasi perlu dicipta agar medan perang ini tiada pertumpahan minyak, hahaha
maka dengan itu, bonda mengisytiharkan
T
R
A
N
S
F
O
R
M
A
S
I

dan

I
N
O
V
A
S
I

telah dicipta!!!

lihat lah hasilnya (tundukkan kepala anda, hahaha)

PENYELESAIAN MASALAH :
tadaaaaaaa,
dari kertas bertukar cardboard
ini je pon inovasinya, xde la gempak nau...
apatah lagi kebabooom sangat kan,
tapi, saya suka saya suka (sila baca dengan intonasi meymey kawan upin ipin)

ok, mari kita terus bercerita mengenai pelapik unggu itu...
(kot-kot la korang nak gunapakai idea bonda ni juga kan, #okbondaperasanideasendiribest)
kejadian asal pelapik unggu ni besau tapi setelah dipotong mengikut saiz rak berkenaan maka
begitu sahajalah rupanya.
(rak ini tergantung taw)
pelapik unggu tu boleh dibeli dari kedai-kedai alatulis seperti Popular dan yang sewaktu dengan nya...



Setelah ditransformasikan,
bonda melancarkan ujikaji di medan perang ini...
hasil ujikaji setelah perang-perang kecil dilancarkan,
makanya bonda mengisytiharkan transformasi ini BERJAYA!!!



teruskan pembacaan kalian untuk segala hipotesis yang wujud dan kesimpulan BERJAYA yang bonda maksudkan.


KESIMPULAN :
Ujikaji ini berjaya kerana :)

1. pelapik ini berlapisan plastik = tak menyerap minyak = tak berlaku penyerapan minyak yang menyebabkan comot = membolehkan bonda sekadar mengelap menggunakan kain untuk membersihkan pertumpahan minyak yang berlaku

2. pelapik ini boleh dikategori kan sebagai keras = tahan lasak = tak perlu ditukar ganti = jangka hayat yang panjang (panjang umur ko pelapik, hahaha)

itu sahajalah perkongsian bonda kali ni di bawah tajuk #SusunAtur...

Terima kasih kepada yang gigih membaca.
Semoga bermanfaat.

Sekian,
peace no war...
LOVE insyimanhafiz

Designed by UMIESUEstudio 2014 FOR INSYIMANHAFIZ