Followers

Tuesday, June 16, 2015

#D.I.Y : Mini Kabinet Bajet

Assalamualaikum wbt...

Lama sangat rasanya blog bonda ni tidak bercerita tentang #susunatur
Banyak kerja tergendala, huhuhu...

Dalam diam, rupanya ada "silent reader" dari kalangan rakan sepejabat...
[bonda malu ok, hahaha] - sebab tak sangka ada orang yang sudi skodeng blog bonda ni...

Nak mengubat rindu hati bonda pada cerita #susunatur dalam blog ni,
bonda kongsikan alkisah "Mini Kabinet Bajet"
[tunggang langgang otak ni fikirkan tajuk n3, hahaha]

Sebenarnya konsep D.i.Y yang bersifat bajet ciput...


Antara peralatan yang bonda perlukan
L-Bracket : RM 7.90 / sepasang
Lokasi belian : Mr. DiY, Tesco Seberang Jaya
Keperluan : 2 pasang
RM 7.90 x 2 = RM 15.80





Storage Shelf ni beli di Tesco Seberang Jaya
Saiz boleh rujuk pada gambar
Harga??? = RM 29.88
Keperluan : 2 buah rak
RM 29.88 x 2 = RM 59.76





Dinding suci murni yang belum dicemari idea bajet bonda.
Lokasinya semestinya lah di dapur yang merupakan bilik ke2 bonda dalam teratak ni...
hehehe





idea da ada kan???
so, bonda mohon pertolongan kudrat en. papa untuk merealisasikannya
Beginilah gambaran yang bonda maksudkan





Setelah En. Papa bertungkus-lumus membanting tulang empat kerat
(wahhh, hiperbola sangat ayat, hahaha)
dengan idea bajet bonda, inilah yang terhasil





Setelah disusun aturkan oleh bonda, jadilah serupa ini.
Atas dari kanan :
1. Mixer
2. Mini Choc Fountain dan Sandwich Maker
3. Rice Cooker 1.8L [Hadiah kahwin]

Bawah dari kiri :
1- Rice Cooker [kuantiti 2-4 orang]
2- Blender [untuk mix adunan caramel]
3- Blender [untuk cili kering dll yang berkenaan]

Paling atas tu teko ajaib aladdin, hahaha...
tak la teko air basuh tangan, nenek bagi...hehehe...

sekian saje untuk waktu dan ketika ini.
#berkurundahn3nidalamdraf

luve insyimahafiz,
peace with luve.

Friday, June 12, 2015

#SusunAtur : Teks Pengacara Majlis

Assalamualaikum wbt...
Hahhh, mcm balas dendam la plak kn...
Hahaha...
Idea x banyak pon nk mengarang tapi rase nk buang sawang yang berkampung kat dalam blog bonda ni...hehehe

Ini cerita bab #susunatur juga tp bukan susunatur rumah tapi lebih kepada susunatur teks...

Bila teks tersusun atur mudah la untuk dibaca...
nak-nak lagi teks majlis protokol kn...
tersalah kan bahaya jadinya...
Al-sebab, majlis protokol dihadiri tetamu kenamaan...
Bile sekali kite tersalah @ tersasul, menggelabah jadinya...
Walaupon hakikat sebenar orang tak tahu kesalahan kita...

So, bonda amek pendekatan nak share dengan pembace semua care #susunatur teks yang bonda amalkan



ini contoh teks yang bonda sediakan...
Bonda lebih selesa buat teks dalam microsoft excel...
Sebab???
Mudah untuk bonda bahagikan sheet by sheet @ page by page
Kalau korang selesa dgn microsoft word, teruskan...
ikut keselesaan masing-masing

Yang pertama-tama kali, bahagikan ruang teks anda kepada 3 BAHAGIAN
Ruang no.1, mewakili acara
Acara ni, korang boleh rujuk dari aturcara majlis

Ruang no.2 pula, mewakili Teks Pengacara.
Yakni, bait-bait ayat yang akan dilontarkan oleh Pengacara Majlis (PM).
Ayat puitis, bunga-bunga cinta, pantun dan sebagainya....

Manakala di ruangan Catatan iaitu ruangan no.3,
Catatkan yang perlu diberi perhatian oleh juruacara.
Biasanya, apabila menjadi PM secara berpasangan, di ruangan catatan dicatitkan nama.
Bergiliran antara nama anda dan pasangan PM anda...
Baru lah nampak paduan suara antara dua...
Ala-ala lagu duet gitu, hehehe...

Bile dah ter #susunatur teks tu... mudah lah utk PM bace...

Hahhh.......lagi 1 tips yg pernah Dr Taufik kongsikan dengan bonda beberapa tahun lepas...
Bile kita buat teks, pastikan menggunakan huruf kecil dan HURUF BESAR betul pada tempatnya.
JANGAN SESEKALI MENGGUNAKAN HURUF BESAR PADA KESELURUHAN TEKS.
Hal ini adalah untuk mengelakkan berlakunya tersasul semasa membaca teks ketika majlis berlangsung...

Rasanya, itu saje dulu untuk kesekian waktu...andai nanti bonda teringatkan sesuatu,
bonda akan update dekat n3 ini juga...

Harap n3 ni memberi manfaat kepada kite bersama...

Terima kasih sudi membaca.

Luve insyimnahafiz
Peace with luve...

Teks Pemudah Cara Konvensyen KiK

Assalamualaikum wbt...
Dah alang-alang update ase nak update lg, hehehe...
jangan jemu membaca n3 bonda taw...
Macam gila kuasa lak bonda ni, lepas 1 job datang 1 job...
tapi bukan bonda minta, pengurusan percayakan bonda...
TQ pihak pengurusan kerana nampak bakat sy...hehehe [poyo tak???]

Kali ni bonda diberi kepercayaan untuk mengemudi majlis secara solo...
ketaQ gigil-gigil hokey...tp tak pe, bonda cube sedaya upaya, sebaik mungkin



ini banner di atas pentas, tak sempat + terlupe nak bergambar atas ni...
sob...sob...sob... (drama queen sgt :P)




Disebabkan mengemudi seorang diri, di ruang catatan bonda tiada la tertulis name sesiapa
Mari nk kongsi #susunatur teks

Acara - acara yang berlangsung dr 1 bahagian ke 1 bahagian

Teks Pengacara - Ayat yang akan dilontarkan oleh pengacara

Catatan - Andai mengemudi secara pasangan boleh la mencatatkan nama secara bergilir di ruang catatan. Andai mengemudi secara solo, boleh la catatkan apa saja yg dirasakan perlu dan bersesuaian

Acara Teks Pengacara Catatan
 Acara 1  Mengumumkan ketibaan
 Ketibaan Pengarah   Yang Berbahagia 
 Kastam negeri  Dato’ Hj. Zulkifli bin Yahya
 Pengarah Kastam Negeri Pulau Pinang, 
 diiringi
 Timbalan-Timbalan Pengarah Kastam Negeri
 Acara 2
 Nyanian Lagu 
 1. Negaraku  (nyanyian lagu-lagu 1,2 dan 3)
 2. Kastam Diraja Malaysia
 3. ABID
 Yg berbahagia Dato', tuan-tuan dan puan-puan dipersilakan  duduk
Dewan seminar  indah terbentang 
Destinasi konvensyen penuh bermakna 
Demikianlah nyanyian selamat datang 
Ceriakan sambutan serikan suasana
 Acara 3 Ambil pauh pagarkan dulang
 Alu-aluan pengacara  Majlis Kalau tiada rengas di Tanjung
Ucapan aluan Selamat Datang
Di hari nan permai kita berkampung
 Acara 3  Yang Berbahagia, Dato Hj. Zulkifli b. Yahya
 Alu-aluan  Pengarah Kastam negeri Pulau Pinang
 pengacara Majlis
 Yang Berusaha, Tn Hj. Zazuli bin Johan
 Timbalan Pengarah Kastam Negeri (Bahagian  GST) merangkap
 Pengerusi Jawatankuasa Pengelola
 Konvensyen KIK Peringkat JKDM Pulau Pinang
 Yang dihormati
 Tuan Mohamed Nawi bin Noor
 Timbalan Pengarah Kastam Negeri (Bahagian Perkhidmatan  Teknik)
 Tuan Hj. Ramli bin Md Noor
 Timbalan Pengarah Kastam Negeri (Bahagian Pematuhan)
 Tuan Najimuddin bin Mohamad Ali
 Penolong Kanan Pengarah Kastam I (Bahagian KPSM)
 Tuan Hamisan bin Kalip
 mtt Timbalan Pengarah Kastam Negeri (Bahagian  Penguatkuasaan)
 Tn Maznan bin Haron
 mtt Timbalan Pengarah Kastam Negeri (Bahagian  Perkastaman) 
 Yg arif lagi bijaksana barisan Panel Penilai
 Ketua-ketua Cawangan & Unit JKDM Pulau Pinang
 Pegawai-pegawai Kanan
 Para fasilitator, ketua serta ahli-ahli KIK
 Seterusnya, Tuan-tuan dan Puan-puan 
 sidang konvensyen yang dimuliakan
 Assalamualaikum w.b.t
 Salam sejahtera,
 Salam 1 Malaysia
 dan
 Salam 1 Kastam
 Selamat Datang Ke
 Konvensyen KIK Peringkat JKDM Pulau Pinang Tahun 2015
 Acara 4  Yg berbahagia Dato', tuan-tuan dan puan-puan,
 Bacaan Doa  sidang dewan yang dihormati
Mohon doa padamu Tuhan
Agar majlis berjalan lancar
Biarlah berkat kita aminkan
Apa dihajat moga terpancar
 Majlis dengan segala hormatnya menjemput
 TN BADRUL HISHAM BIN ADAM
 untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan. 
 -Bacaan Doa-
 Amin, amin, amin Ya robbal a’lamin.
Acara 5  Sidang dewan yang dihormati,
Ucapan Perasmian
Terbang di awan burung jentayu
Di atas papan batang jerami
Tampillah Dato' majlis merayu
Bersama ucapan kata perasmi
 Sebagai mukaddimah konvensyen, Dijemput 
 Yang Berbahagia Dato' Hj. Zulkifli b. Yahya, 
 Pengarah Kastam Negeri Pulau Pinang,
 untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan 
 Konvensyen KIK Peringkat JKDM Pulau Pinang Tahun 2015
 Yg berbahagia Dato' dengan segala hormatnya dipersilakan
-Ucapan PKN JKDM Pulau Pinang-
Andai permata jadi hiasan
Emas tetap jadi hantaran
Perasmian Dato' majlis nantikan
Jutaan terima kasih kami ucapkan
 Acara 6  Sidang dewan yang dihormati,
 Kudapan
 Sebelum persembahan KIK dimulakan, majlis menjemput
 Yg Berbahagia Dato' Hj. Zulkifli bin Yahya
 diiringi Timbalan-Timbalan PKN serta sidang konvensyen
 ke jamuan kudapan yang telah disediakan di dewan makan utama.
 Para hadirin diingatkan untuk kembali semula ke dewan ini 
 tepat jam 9.30 pagi bagi menyaksikan persembahan  kumpulan 
 pertama Konvensyen KIK Peringkat Negeri JKDM Pulau  Pinang
 Tahun 2015
 Terima Kasih
-Kudapan-
 Acara 7 Tanggal 9 Jun penuh bermakna
Konvensyen KIK JKDM Pulau Pinang
Semua peserta berpadu tenaga
Persembahan kumpulan mencari pemenang
 Yg berbahagia Dato' serta warga dewan sekalian
 Kini tibalah masanya untuk menyaksikan 
 persembahan daripada 7 kumpulan KIK  yang akan  bertanding
 pada hari ini.
 Namun sebelum itu, molek rasanya majlis   memperkenalkan 
 Para Ahli Panel Penilai yg arif lagi bijaksana iaitu
 1) En. Norshuhaidy bin Shabudin
 dari Institut Tadbiran Awam Negara Kampus Wilayah Utara
 (INTURA)
dan
 2) En. Ahmad Zaki bin Omar Zuhdi
 dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pulau Pinang
 Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan kedua-dua
 ahli panel untuk mengambil tempat masing-masing
 di meja panel penilai.
 Dipersilakan.
 Acara 8  Yg berbahagia Dato' serta sidang dewan yg dimuliakan
 Syarat-syarat Pertandingan
 1] Konvensyen KIK Peringkat JKDM Pulau Pinang Edisi 2015  bakal 
 menyaksikan pertandingan 6 penjuru bagi kategori  PENGURUSAN
 dan 1 kumpulan bagi kategori TEKNIKAL
 Perlu diingatkan, bahawa Kumpulan boleh memilih 
 untuk menyertai mana-mana kategori yang  dipertandingkan.
 Namun keputusan muktamad samada kumpulan itu  dikategorikan 
 dalam pengurusan atau teknikal bergantung kepada panel  penilai.
 2] Setelah selesai membuat persembahan, Kumpulan  berkenaan
 dipersilakan ke Bilik Seminar Pulau Rimau, Aras 3 untuk
 sessi Viva dan Dokumentasi.
 3] Setiap kumpulan akan diberi masa 15 minit iaitu
  i - 5 minit pertama untuk kumpulan membuat persediaan.
 ii - 10 minit seterusnya untuk kumpulan membuat  persembahan.
 Kumpulan diingatkan persembahan selepas itu tidak akan 
 diambilkira dan markah tidak akan diberikan.
 4] Masa persembahan akan mula diambil kira oleh
 penjaga masa sebaik sahaja Jurucakap kumpulan  mula  berbicara 
 4.1   Loceng akan dibunyikan 1 kali 
 (minta penjaga masa bunyi loceng sekali) pada minit ke 8 
 4.2 Loceng akan dibunyikan 2 kali 
 (minta penjaga masa bunyi loceng 2x) pada minit ke 10 
 menandakan masa persembahan sudah tamat  walaubagaimanapun,
 kumpulan boleh terus membuat persembahan sehingga    tamat. 
 Acara 9
 Persembahan Kumpulan ~Rujuk Lampiran~
 KIK


Mohon laluan, selit pic emcee bersama mic kesayangan sekeping 



 Yang Berbahagia Dato' dan sidang konvesyen yg dihormati,
 Membuka tirai Konvesyen KiK JKDM Pulau Pinang Edisi 2015,
 majlis menjemput KUMPULAN RAIDEN dari BAHAGIAN PERKASTAMAN
 dengan tajuk projek Kesukaran menyelaras tuntutan lembur.
 Majlis dengan sukacitanya mempersilakan.
KETERANGAN PROJEK
1 Nama Sistem : EZ-OT
2 Tajuk Projek : Kesukaran menyelaras tuntutan lembur.
3 Kategori Projek : Pengurusan
4 Ringkasan/ huraian Projek : Menyediakan sistem yang memudahkan pengurusan tuntutan lembur
5 Ringkasan punca-punca masalah : Sistem manual & sering berlaku kesilapan mengisi tuntutan lembur
6 Ringkasan cadangan penyelesaian : Membina sistem web based bagi tuntutan lembur yang hanya mendapat kelulusan arahan penyelia
 Untuk makluman sidang dewan, KUMPULAN RAIDEN bertanding di bawah kategori  PENGURUSAN.
Terima kasih daun keladi 
Untuk persembahan sebentar tadi
 Meneruskan Konvensyen pada hari ini,  dijemput KUMPULAN VAT15PRO dari BAHAGIAN GST 
 yang bertanding dalam kategori PENGURUSAN.
 Dengan segala hormatnya, dipersilakan…
~baca semasa kumpulan menyiapkan pentas~
 Untuk makluman Yang Berbahagia Dato' dan sidang konvensyen,
 skema pemarkahan dibahagikan kepada 3 bahagian utama iaitu:-
 1. Viva dan Penilaian Dokumentasi - 50%
 2. Persembahan - 30%
 3. Pameran - 20%
1 Nama Sistem : MY Registrant Helper
2 Tajuk Projek : Kelewatan mendapat maklumat tempoh bercukai dan kod MSIC untuk tujuan pengikraran penyata GST di Bahagian GST
3 Kategori Projek : Pengurusan
4 Ringkasan/ huraian Projek : GST adalah cukai kepenggunaan. GST dikenakan ke atas apa-apa pembekalan barang atau perkhidmatan bercukai yang dibuat dalam penerusan apa-apa perniagaan oleh orang kena cukai di Malaysia. Orang kena cukai adalah orang yang berdaftar atau dikehendaki berdaftar di bawah Akta Cukai Barang & Perkhidmatan. Setiap orang berdaftar (registran) hendaklah mengakaunkan dan mengikrarkan cukai dalam penyata GST 03. Maklumat tempoh bercukai dan kod MSIC adalah maklumat penting yang perlu diisi semasa pengikraran penyata GST. Masalah berlaku apabila maklumat tersebut tidak boleh diakses sendiri oleh registran. Registran terpaksa menelefon atau datang ke pejabat untuk mendapatkan maklumat tersebut. Kelewatan berlaku apabila sistem hanya boleh diakses oleh pegawai tertentu dan mengambil masa yang panjang untuk mendapatkan maklumat tersebut. 
5 Ringkasan punca-punca masalah 1 Akses sistem terhad
2 Peningkatan bilangan pertanyaan
3 Tidak mahir dengan sistem
4 Beban tugas meningkat
5 Server tidak stabil
6 Ringkasan cadangan penyelesaian : Membangunkan satu aplikasi pintar (Android) My Registrant Helper untuk mempercepatkan capaian maklumat tempoh bercukai dan kod MSIC bagi tujuan pembayaran GST. 
 Menyentuh pantai berpasir bersih
 Persembahan selesai, terima kasih
 Yang Berbahagia Dato' dan sidang dewan yang dihormati,
 Dengan tajuk projek : Kesukaran Mengenalpasti Kedudukan Semasa Fail Auditan
 Majlis menjemput KUMPULAN CAS  yang mewakili BAHAGIAN PEMATUHAN
 Majlis dengan segala hormatnya, mempersilakan.
~baca semasa kumpulan menyiapkan pentas~
 Untuk makluman semua, KUMPULAN CAS bertanding dalam kategori PENGURUSAN
KETERANGAN PROJEK
1 Nama Sistem : e-FILE
2 Tajuk Projek : Kesukaran Mengenalpasti Kedudukan Semasa Fail Auditan
3 Kategori Projek : Pengurusan
4 Ringkasan/ huraian Projek : Sistem dibina untuk untuk memudahkan pegawai penyelia dan pegawai atasan memantau pergerakan fail auditan.
Sistem ini boleh boleh dicapai oleh semua pihak.
5 Ringkasan punca-punca masalah : Terdapat beberapa fail auditan yang tidak dapat dikesan pergerakannya sebelum ini.
6 Ringkasan cadangan penyelesaian : Setiap pergerakan fail akan direkodkan ke dalam sistem oleh pegawai yang berkenaan. 
: Pegawai-pegawai lain boleh mengetahui status kedudukan semasa fail melalui capaian ke dalam sistem.
Letih berjalan di tengah pekan,
TERIMA KASIH majlis ucapkan
 Yang Berbahagia Dato dan warga dewan yang dihormati,
 Menghangatkan konvesyen pada hari ini, seterusnya dijemput Johan Konvensyen KiK 
 JKDM Pulau Pinang Edisi 2014 untuk mempersembahkan projek mereka.
 Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan KUMPULAN PROTECH
~baca semasa kumpulan menyiapkan pentas~
 KUMPULAN PROTECH bertanding dalam kategori PENGURUSAN dengan tajuk projek
 Kelewatan Memproses Permohonan Penilaian
1 Nama Sistem : Sistem I-Vis
2 Tajuk Projek : Kelewatan Memproses Permohonan Penilaian
3 Kategori Projek : Pengurusan
4 Ringkasan/ huraian Projek : Merekacipta satu sistem secara on line yang memudahkan urusan pihak pelanggan dengan jabatan iaitu di Cawangan Penilaian. Pihak pelanggan tidak perlu hadir ke pejabat untuk membuat permohonan penilaian tetapi hanya dengan menggunakan sistem secara on line yang dipanggil ”sistem i-Vis.
5 Ringkasan punca-punca masalah 1- Proses permohonan penilaian akan melalui beberapa peringkat kerja dan pergerakan fail permohonan berulang-ulang kepada pegawai yang sama.
2- Proses penilaian dijalankan secara manual dan tiada inisiatif untuk menambahbaik proses kerja sedia ada.
3- Pelanggan kerap menghubungi pegawai penilaian untuk mendapatkan status terkini permohonan. Hal ini menyebabkan rungutan sering timbul di pihak pelanggan.
4- Kedudukan Cawangan Penilaian di Aras 3, KKSJ menyebabkan pelanggan perlu berulang alik dari pulau ke KKSJ dan melibatkan kos yang tinggi.
5- Kebanyakan pelanggan tidak mengetahui prosedur untuk memohon penilaian di Cawangan Penilaian.    
6 Ringkasan cadangan penyelesaian : Membina satu sistem permohonan Penilaian secara atas talian (on-line).
 Anak Raja makan sirih
 Majlis ucapkan TERIMA KASIH
 Yg Berbahagia Dato dan hadirin sekalian,
 Seterusnya majlis menjemput kumpulan ke5 yang bertanding dalam kategori PENGURUSAN.
 Mewakili Stesen Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, dipersilakan,
 KUMPULAN ACE
1 Nama Sistem : i-SMART
2 Tajuk Projek : “Kelewatan Meluluskan Dagangan Import (Borang Kastam No.1), di cawangan ZPB Kargo MAS  LTA Pulau Pinang”. 
3 Kategori Projek : Pengurusan
4 Ringkasan/Huraian Projek : Sistem i-SMART (intelligent System Monitoring And Reporting Tech) adalah  satu inovasi yang dihasilkan untuk memudahkan dan mempercepatkan proses taksiran  dagangan import borang Kastam No. 1.
5 Ringkasan Punca-Punca Masalah : Mengambil masa yang lama untuk  untuk membuat taksiran kerana terpaksa menyemak bandela  secara manual dan mengurangkan risiko penyelewengan oleh pihak agen.
6 Ringkasan Cadangan Penyelesaian : Membangunkan sistem i-SMART
7 Peralatan Untuk Persembahan Pengurusan KIK : 5 cordless mic
 Burung Kelicap di pohon selasih,
 Majlis mengucapkan TERIMA KASIH
 Yang Berbahagia Dato' dan sidang konvesyen yg dihormati,
 Konvensyen diteruskan lagi dengan menjemput KUMPULAN KLIK yang mewakili Bahagian
 Khidmat Pengurusan dan Sumber Manusia (KPSM).
 KUMPULAN KLiK  memilih kategori PENGURUSAN
 Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
1 Nama Sistem : ICS (INTELLIGENCE COUNTER SYSTEM)
2 Tajuk Projek : Permasalahan Pendaftaran Pelanggan Yang Dihadapi Oleh Pegawai Pusat Perlesenan Bersetempat Di Kaunter Informasi, Kompleks Kastam Seberang Jaya, Pulau Pinang (KKSJ).
3 Kategori Projek : PENGURUSAN
4 Ringkasan/ huraian Projek : Sistem Ini Mempercepatkan Proses Pendaftaran Pelanggan Dalaman/Luaran Melalui Simpanan Data Profil Pelanggan Yang Berurusan Di Bangunan Kksj, Pulau Pinang.
: Penilaian Maklum Balas Kepuasan Pelanggan Dapat Diperolehi Dengan Tepat Dan Mudah.
5 Ringkasan punca-punca masalah 1- Pegawai Bercuti Rehat 
2- Pelanggan Yang Datang Dengan Ramai Secara Serentak
3- Penggunaan Satu Buku Rekod Keluar/Masuk 
4- Pelanggan Tidak Memulangkan Kad Akses Kepada Pegawai Kaunter
5- Pendaftaran Maklumat Pelanggan Secara Manual Mengambil Masa Yang Lama
6 Ringkasan cadangan penyelesaian 1- Membangunkan Sistem Untuk Mengelakkan Kesesakan Kaunter Dan Mendapat Maklum Balas Kepuasan Pelanggan
2- Memudahkan Proses Pendaftaran Maklumat Pelanggan Dan Pengesanan Kad Akses Melalui Data Yang Sedia Ada
3- Pegawai Dapat Menjana Laporan Dengan Cepat, Tepat Dan Mudah. 
Pantai Merdeka berpasir bersih
Persembahan selesai, terima kasih
 Yang Berbahagia Dato dan sidang dewan yang dihormati,
 Konvensyen KiK JKDM Pulau Pinang Edisi 2015 akan diakhiri dengan persembahan dari 
 pasukan tunggal kategori TEKNIKAL iaitu KUMPULAN SAUH
 Mewakili BAHAGIAN PENGUATKUASAAN majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
1 Nama Sistem : PorMAS (Portable Marin Alarm System)
2 Tajuk Projek : Pemantauan Bot-bot Jabatan dan Bot Eksibit yang kurang efisien di Pangkalan
3 Kategori Projek : Teknikal
4 Ringkasan/ huraian Projek : Aspek keselamatan yang paling utama adalah pengawasan terhadap kebocoran/ kemasukan air ke dalam bot. Penemuan daripada benchmarking yang dilakukan serta kejadian-kejadian di Unit Marin JKDM Pulau Pinang sendiri memberikan impak negatif daripada sudut kewangan dan imej jabatan.
5 Ringkasan punca-punca masalah : Mesyuarat panel sekali sebulan
Eiada alat kesan kebocoran
Ambil masa pemeriksaan yang lama
Tiada pemeriksaan yang sistematik
Perlu buka hatch yang berat
6 Ringkasan cadangan penyelesaian : Memandangkan tiada usaha pembetulan dilakukan oleh stesen- stesen lain bagi mengatasi perkara ini kumpulan SAUH cuba mencari penyelesaian yang jitu serta kos efektif supaya hasilnya dapat dikongsi bersama oleh Unit Marin JKDM seluruh negara, agensi – agensi maritim yang lain dan masyarakat amnya.
Kumpulan SAUH telah merekacipta satu alat bantuan (3 dalam 1) yang akan berfungsi secara serentak :
1- Pam air untuk berfungsi secara automatik
2- Menghantar amaran melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) kepada pegawai yang bertanggungjawab
3- Siren amaran dan lampu
Bersarang lebah di pohon palas
burung kelicap di pohon selasih
Pengetahuan bertambah penerangan jelas
Majlis mengucapkan terima kasih.



Acara  Teks Pengacara Catatan
 Acara 10  Yg Berbahagia Dato', tuan-tuan dan puan-puan,
 Makan Tengahari
 Majlis Konvensyen pada hari ini akan berhenti rehat untuk sessi
 jamuan makan tengahari dan akan bersambung semula
 pada sebelah petang.
 Sidang konvensyen dipohon untuk menepati masa dan  berada di
 ruang pameran belakang Dewan Seminar Pulau Jerejak ini  pada
 jam 2.30 petang bagi sessi Lawatan Pameran oleh Panel  Penilai
 Dengan itu, majlis menjemput Yg. Berbahagia Dato'
 diiringi Timbalan-timbalan PKN, panel-panel penilai, peserta dan
 para jemputan ke Dewan Makan Utama untuk menikmati 
 hidangan tengahari.
 Acara 11  Yg. Berbahagia Dato' tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
 Ulasan Ketua Panel
 Selesai sudah sessi Lawatan Pameran oleh Panel Penilai,
 Majlis diteruskan lagi dengan ulasan oleh Ketua Panel  Penilai KIK
 berhubung persembahan  7 kumpulan yang bertanding
 dalam konvensyen pada tahun ini
 Majlis dengan segala hormatnya menjemput 
 untuk menyampaikan ulasan pertandingan pada hari ini.
 Dipersilakan…
 -ulasan ketua panel-
Ucapan aluan pembuka bicara
Salam diberi tetamu dimulia
Ulasan panel penuh bermakna
Dalam hati tersemat setia
 Terima kasih diucapkan kepada Ketua Panel untuk ulasan  yang
 diberikan. Diharapakn ulasan itu mampu memberikan  panduan
 kepada semua kumpulan. Baik yang akan mara ke peringkat
 kebangsaan mahupun untuk konvensyen pada tahun  hadapan.
 InsyaAllah
 Acara 12
 Penyampaian   -rujuk page 14-
 Cenderahati  -rujuk page 15-
 dan Hadiah







 Sidang konvensyen yang dihormati,
 Bagi menyempurnakan penyampaian cenderahati kepada barisan panel penilai
 Majlis dengan takzimnya menjemput Tuan Haji Zazuli bin Johan
 Pengerusi Jawatankuasa Pengelola
 Konvensyen KIK Peringkat JKDM Pulau Pinang
 mempersila dan mengiringi Yg Berbahagia Dato Hj Zulkifli b. Yahya
 Pengarah Kastam Negeri Pulau Pinang,
 Untuk menyampaikan cenderahati tersebut.

 Majlis dengan hormatnya mempersilakan.
SENARAI PANEL PENILAI KONVESYEN KIK TAHUN 2015
BIL NAMA JABATAN KATEGORI
1 Dr. Suriati bt Zainal Abidin (0125840686) Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Wilayah Utara, Pulau Pinang Viva dan dokumentasi
2 En. Norshuhaidy bin Shabudin (0193116390) Intitut Tadbiran Awam Negara Kampus wilayah Utara (INTURA) Persembahan dan Pameran
3 En. Ahmad Zaki bin Omar Zuhdi (0134258894) Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pulau Pinang Persembahan dan Pameran
4 Pn. Habibah bt Samsudin (0174866486) Intitut Tadbiran Awam Negara Kampus wilayah Utara (INTURA) Viva dan dokumentasi
 Dipohon Yang Berbahagia Dato' untuk terus berada di atas pentas
Keputusan Konvensyen KiK JKDM PP 2015

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia Dato untuk penyampaian
hadiah sebentar tadi
Tahniah dan Syabas majlis ucapkan.
Sebelum melabuhkan tirai Konvensyen KiK Edisi 2015, marilah kita bersama-sama
menyanyikan lagu kualiti. Sidang hadirin dimohon berdiri.


Acara 13 Yg. Berbahagia Dato, Tuan2, Puan2 Hadirin Yg Dimuliakan
Penutup
 Dengan Berakhirnya nyanyian lagu kualiti itu tadi
 Maka, Sempurnalah Sudah Konvensyen KIK Peringkat 
 JKDM Pulau Pinang Tahun 2015
 Sekalung Tahniah diucapkan kepada semua pemenang
 Terima Kasih Yang Tidak Terhingga Kepada Semua Warga  Kerja
 Konvensyen KIK Peringkat JKDM Pulau Pinang Tahun 2015
Sungai disusur sehari-hari
Dalam kelam menangkap ikan
Saya menyusun sepuluh jari
Salah dan silap harap maafkan
Di atas dahan burung tempua,
Melihat rusa tepi perigi
Salam perpisahan untuk semua,
Di lain masa bersua lagi.
Sekian, Wabillah…..
Wassalam…..


Bersama Piala Johan KiK JKDM PP 2015


Terima kasih kerana sudi membaca.

Luve insyimanhafiz,
Peace with luve.



Designed by UMIESUEstudio 2014 FOR INSYIMANHAFIZ