Followers

Saturday, January 20, 2018

Mata Hati

Assalamualaikum wbt...

MATA HATI

Mata hati adalah sesuatu kurniaan Allah swt kepada hamba-hambaNya.

Sekiranya seseoarang itu dilahirkan tanpa penglihatan yang sempurna,
apakah yang membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup tatkala meningkat dewasa?

Mata Hati itu lah yang menjadi pandu arah dalam kehidupan seharian mereka.

Kita sering mengasihani insan lemah penglihatan yang kita temui.
Tapi, kekurangan itulah mendewasakan mereka setiap hari.
Kekurangan adalah kelebihan mereka kerana,
kita yang sempurna ini kagum melihat mereka menjalani hidup dengan keupayaan yang terbatas.
Adakalanya mereka lebih peka berbanding kita yang terang-terangan celik matanya

Sebenarnya, kita yang mata  celik ini juga turut dikurniakan oleh Allah swt mata hati
yang bisa terdetik tatkala akal kebuntuan mencari jalan penyelesaian.

Pernah atau tidak,
anda sendiri merasai kehadiran mata hati???

Jawapan yang pasti, PERNAH!!!

Mata Hati yang terbit itu sukar untuk ditafsirkan.
Tapi, hanya bisa dimengerti oleh hati kita sendiri.

Sebab apa???
Sebab hanya diri kita sendiri yang merasai jawapan yang terbit dari mata hati.

Misalannya :
Kita didatangi suatu masalah yang melibatkan orang di sekitar kita,
dalam masa yang sama kita turut mengenali orang sekeliling kita samada secara rapat atau tidak.
Hati terdetik JAWAPAN kepada permasalahan yang timbul,
namun kita gagal untuk bersuara kerana dikhuatiri akan menjadi fitnah kepada insan lain.

Namun, Allah itu Maha Kaya.
Dihadirkan seorang insan lain untuk membentangkan segala kekusutan yang timbul.
dan yang pasti,
apa yang terdetik dalam hati kita adalah jawapan permasalahan yang baru sahaja dirungkai melalui insan lain yang dihadirkan oleh Allah swt.

Mudah hidup ini,
hati tak bisa menipu tapi yang pasti mulut itu ringan sahaja memutar belitkan fakta.
Namun ingat,
di 'sana' nanti anggota yang tidak bermulut seperti kaki dan tangan itulah akan bersuara.

Berkata BENAR lah walau kebenaran itu pahit untuk ditelan.

peace no war,
insyimanhafiz

Friday, January 19, 2018

Mengutuk, Menghina @ Menegur???

اَلسَّلاَ مُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Mungkin agak ‘berat’ penulisan yang bonda cuba ketengahkan pada entry  kali ni…

Hanya meminta untuk sama-sama berfikir dan renungkan sejenak.

Ya, kita semua manusia biasa yang merupakn Khalifah Allah di muka bumi ini.

Tidak lari dari membuat kesilapan, jauh sekali terhindar dari masalah duniawi.

Tapi, kita tidak berada dalam ruang masalah yang dihadapi oleh seseorang makanya,

janganlah menghina, mengata dan apa sahaja yang tidak kita ketahui kebenaran ceritanya.

KERJAYA

Pelbagai kerjaya yang wjud di muka bumi ini.

Dari sebaik-baik pekerjaan sehinggalah sekejam-kejam kerjaya.

Kita, kita manusia yang dikurniakan akal oleh Allah swt  perlulah berfikir

untuk memilih baik dan buruknya.

MANUSIA BEKERJAYA

Hari-hari kita dihidangkan dengan segala macam jenis ragam manusia sejagat

yang pelbagai rupa, bentuk, warna dan perangai semestinya.

Telah termaktub, setiap apa yang dipertemukan dengan kita ada asbab dan akibat.

Itu adalah satu kenyataan duniawi yang harus kita  hadapi setiap hari.

Mana mungkin kita menghindari ruang kerjaya kerana itu cara untuk kita

meneruskan kelangsungan hidup.

Kerana, pekerjaan juga adalah satu IBADAH.

PANGKAT

Ini adalah lumrah dunia.

Lumrah negara, negeri, kampung malah keluarga kecil kita sendiri pun terlahirnya pangkat.

Kakak, abang dan adik-adik.

Penghulu Kampung dan anak-anak buah.

Bos, penyelia dan para pekerja.

Pemimpin dan rakyat.

Bukan untuk dimegah-megahkan tapi untuk mengajar erti hidup, cara saling menghormati,

juga sebenarnya itu adalah cara paling halus untuk mendidik kita menjadi manusia.

Sama ada kita sedar mahupun tidak.

Apa ada pada pangkat?

Adakah untuk dimegahkan?

Untuk menunjukkan kekuasaan?

Untuk membuktikan kehebatan atau ...???

Bonda tinggalkan persoalan ini untuk korang fikir-fikirkan.

Bonda hanyalah pemimpin kepada dua orang puteri.

Itupun adakalanya tersalah pimpin.

Terleka dan alpa di saat memimpin anak-anak untuk mengenal dunia yang penuh pancaroba ini.

PENYELIA / PEMIMPIN

Kenapa ya???

Kenapa mereka yang berpangkat penyelia/pemimpin tidak betah berkata-kata dan menegur?

Menegur itu kan sebahagian daripada tugas nya?

Kenapa ya???

Kenapa penyelia/pemimpin itu tidak berterus terang terhadap pekerja mereka?

Kenapa ya???

Kenapa penyelia/pemimpin itu lebih rela mengutuk mengata anak-anak buahnya yang bermasalah dengan cara menjatuhkan air muka?

Kenapa seorang penyelia/pemimpin yang juga seorang manusia,

mengeluarkan kenyataan seakan-akan lupa diri???

Kenapa ya???

Kenapa di saat anak selia dikutuk dikeji oleh yang lain penyelia/pemimpin betah menokok tambah?

Kenapa ya???

Kenapa ditinggikan suara mengutuk mengata di saat anak seliaan tidak di depan mata?

Kan menegur bertentang mata itu lebih indah dan halus santunan nya?

KENAPA, MENGAPA & sampai BILA???

Tatkala mengutuk dan mengata yang dipilih daripada MENEGUR,

apa sebenarnya yang terlintas di kepala seorang penyelia/pemimpin???

Duniawi ini tidak kejam…

Tapi manusia yang mewarnai pentas duniawi ini telah bertindak kejam sesama Khalifah Allah.

Semoga,

Kita berjaya mendidik dan menyelia hati kita kearah yang lebih baik.

Peace no war,

insyimanhafiz

Designed by UMIESUEstudio 2014 FOR INSYIMANHAFIZ