Followers

Sunday, May 4, 2014

ZALORA : Baju Kurung Terkini

Assalamualaikum wbt...

Bersiaran di hari minggu,
rini bonda nk share story bout fesyen baju kurung terkini


Sumber : en. google.com

Pejam celik pejam celik Ramadhan bakal membuka tirai. Pasti ramai sudah mula membuat persiapan Hari Raya. Bohong nau la klw ade yg kate x tempah baju lagi, silap2 haribulan tailor pon da x nk amek tempahan... btol x???
Ape2 pon skang da masuk bulan Rejab, pastikan korg qada' pose thun lepas yg da miss tu dlu yerrr...
Dalam sebok dok sembang pasal raya ni, stail, fesyen dan warna tema apa menjadi pilihan korg tahun ini?
Jubah?
Baju kurung?
Kaftan?
Maxi dress?
Apa pun stail kesukaan korg, bonda percaya trend baju kurung masih menjadi pilihan utama bagi majoriti wanita. Setuju tak?
Makanya, jom kita usha jenis-jenis
baju kurung terkini yang terdapat di pasaran.



#1 Baju kurung moden
sumber : en. google

1 soalan lazim mengenai baju kurung moden
Apakah perBEZAan antara
baju kurung moden dan baju kurung biasa?
Jawapannya :
baju kurung moden tidak mempunyai pesak dan mempunyai potongan yang mengikut bentuk badan.
Selain itu, kain baju kurung moden juga tidak mempunyai kedut di bahagian tepi senang cite xde susun kain.
Baju kurung jenis ini merupakan pilihan utama para wanita masa kini untuk bergaya ke apa jua majlis.



Sumber : en. google.com
Ini juga merupakan jenis baju kurung moden tetapi dengan penambahan perincian di bahagian pinggang untuk memberikan ilusi bentuk pinggang yang ramping. Baju kurung moden jenis ini amat sesuai untuk dipakai oleh si gadis yang bertubuh langsing dan tinggi lampai.


#2 Baju kurung peplum
sumber : en. google

Mempunyai rekaan yang hampir sama dengan
baju kurung moden, baju kurung peplum merupakan jenis baju kurung yang direka
dengan potongan sedikit kembang di bahagian pinggang.
Ada yang beropol dan ada juga yang terbelah seperti gambar di atas.



Sumber : en. google.com
Ini pula merupakan contoh baju kurung peplum dengan potongan beropol di bahagian pinggang. Baju kurung jenis ini sesuai untuk dipakai ke majlis-majlis istimewa yang ingin korg hadiri. Jangan lupa untuk memakai sepasang wedges atau platforms untuk melengkapkan gaya.




#3 Baju Kurung Pahang
Sumber : en. google.com

Yang terakhir ni pula, bonda nk tayang kt korg merupakan baju kurung Pahang.
Baju kurung Pahang juga tidak mempunyai pesak dan berpotongan kembang di bahagian bawah baju.
Ia amat selesa dipakai dan sesuai untuk anda gayakan pada sambutan Lebaran kelak.

Untuk koleksi baju kurung terkini daripada
pereka fesyen terkenal tanah air,
layari laman web ZALORA Malaysia untuk
tawaran harga yang amat berpatutan.
ZALORA Malaysia juga menyediakan perkhidmatan penghantaran percuma ke rumah anda.
Mudah bukan?

Xperlu bsesak2 d shopping mall, xyah abes duit minyak kereta, hanya d hujung jari dan menunggu barang smpai ke depan pintu rumah...sangat mudah!!!

Sekian.

Luv insyimanhafiz,
Peace!!!

No comments:

Saat Aku Melihat Dunia

Aku Terima Maharnya

Nurul Insyirah bt Muhamad Hafiz

Nurul Iman bt Muhamad Hafiz

Designed by UMIESUEstudio 2014 FOR INSYIMANHAFIZ