Followers

Sunday, July 13, 2014

Jamak dan Qasar

Makna
Jamak ialah diHIMPUNkan
Qasar ialah diPENDEKkan

Perkara yang penting ialah kita mesti niat terlebih dahulu setelah keluar dari rumah iaitu :-
"Sahaja aku musafir kerana Allah Taala"
Kita boleh melakukan selama tiga hari tinggal bermukim
(Sekiranya kita telah merancang untuk bermukim lebih daripada 3hari, kita tidak boleh melakukan Jamak dan Qasar.

JAMAK TAQDIM DAN DIQASARKAN (diPENDEKkan)

Melakukan solat :-

Asar dalam waktu Zuhur

Niat :

Solat Zuhur :
Sahaja aku sembahyang fardhu Zuhur 2 rakaat Qasar dengan Jamak Taqdim kerana Allah Taala

Solat Asar :
Sahaja aku sembahyang fardhu Asar 2 rakaat Qasar dengan Jamak Taqdim kerana Allah Taala


Isyak dalam waktu Maghrib

Niat :

Solat Maghrib :
Sahaja aku sembahyang fardhu Maghrib 3 rakaat diJamakkan fardhu Isyak dengan Taqdim kerana Allah Taala

Solat Isyak :
Sahaja aku sembahyang fardhu Isyak 2 rakaat Qasar diJamakkan fardhu Maghrib dengan Jamak Taqdim kerana Allah Taala

JAMAK TAKHIR DAN DIQASARKAN (diPENDEKkan)

Melakukan solat :-

Zuhur dalam waktu Asar

Niat :

Solat Asar :
Sahaja aku sembahyang fardhu Asar 2 rakaat Qasar dengan Jamak Takhir kerana Allah Taala

Solat Zuhur :
Sahaja aku sembahyang fardhu Zuhur 2 rakaat Qasar dengan Jamak Takhir kerana Allah Taala

Tapi jangan lupa niatkan sebelum waktu Zuhur berakhir :
(Aku nak jamakkan solat Zuhur dalam waktu Asar)

Maghrib dalam waktu Isyak

Niat :

Solat Isyak :
Sahaja aku sembahyang fardhu Isyak 2 rakaat Qasar diJamakkan fardhu Maghrib dengan Jamak Takhir kerana Allah Taala

Solat Maghrib :
Sahaja aku sembahyang fardhu Isyak 3 rakaat diJamakkan fardhu Isyak dengan Takhir kerana Allah Taala

Tapi jangan lupa niatkan sebelum waktu Maghrib berakhir
(Aku nak jamakkan solat Maghrib dalam waktu Isyak)

* semoga n3 ini memberi manfaat utk anda yang akan bermusafir

Sekian.

Luv insyimanhafiz,
Peace!!!

1 comment:

BLuRpL3 said...

thanks sharing sis. good info :)

http://blurplediary.blogspot.dk/2014/07/in-out-ramadhan-2014-di-perantauan.html

Designed by UMIESUEstudio 2014 FOR INSYIMANHAFIZ