Followers

Wednesday, June 17, 2020

#PKP : Kerja Sekolah

بسم الله الرحمن الرحيم
Untuk entry yang ketiga 😂😂😂 tahun 2020
bonda berniat nak bercerita tentang
KERJA SEKOLAH PKP.
Semua orang terkesan kan?
Takpe, Allah sedang mendidik
hati❤ dan jiwa manusia.
Kita cuba mengambil hikmah ok.

Bonda bukan alim ulama'
nak berkata-kata tentang Qada Qadar Allah.

Jom, berbalik pada tajuk asal.
Kisahnya, kerja sekolah si IMAN.
IMAN ni, kalau tidak diperhatikan
memang ke laut kerja sekolah dia.

Asbab PKP,
makanya segala kerja sekolah
sampai dalam group whatsapp kelas.

Jujurnya, bonda takde pun
bagi kerja sekolah tu hari-hari dekat IMAN.

1. sebab awal-awal PKP,
bonda sibuk dengan assingment
termasuklah paper-paper akhir
bagi menggantikan exam semester.

2. Nurul Iman perlu dipantau dek kerana
dia malas tulis banyak-banyak,
malas mewarna.

Hari ke hari senantiasa ada kerja sekolah.
Apa bonda buat?
Bonda akan print out segala kerja sekolah IMAN.
Tulis tarikh dan arahan yang diterima
dari dalam group whatsapp
ke atas setiap lembaran yang bonda print.

Bila WFH (work from home),
sempat la bonda perhatikan dia buat kerja sekolah,
satu hari, satu muka surat
sambil-sambil bonda pun
menyiapkan assingment.

Antara semua kerja sekolah,
ada dua folio IMAN kena buat.
1. Bahasa Melayu = 20 peribahasa
2. Sains = 10 halaman mengikut panduan

Tepuk dahi bonda.
Kerja sekolah karangan 10 ayat pun,
sejam IMAN tak boleh nak siap.

Untuk folio Sains tu,
bonda nampak seronok sebab
boleh berkarya walaupun sekadar print😂😅

Macam bonda kata,
IMAN malas tulis banyak-banyak.
Jadi, #inicarabondalesungpipit
korang ibu bapa yang rajin,
tak perlu ikut cara bonda.
Bukan nak manjakan anak,
tapi ini pendekatan bonda.

Folio Sains : Tulisan tu, bonda print kelabu.
Korang nak tengok, kena tenung betul-betul

Nurul IMAN ikut semula tulisan yang kelabu tu.
Janji, dia buat kerja sekolah.
Kalau tak, nanti langsung dia tak buat.

Ok, sekian perkongsian bonda.
Dalam tempoh sehari suntuk,
boleh siap 10 halaman Folio Sains IMAN.

Terima kasih IMAN,
bagi kerjasama.
Dalam masa sama
IMAN sempat makan
tak tahu berapa kali dia ulang makan 🤣,
IMAN solat macam biasa,
IMAN sempat kemas laci baju dia.



#blogbondalesungpipit
#inicarabondalesungpipit
#pelajarberkerjaya

No comments:

Designed by UMIESUEstudio 2014 FOR INSYIMANHAFIZ