Followers

Friday, January 10, 2014

IKEA buka cawangan di Pulau Pinang

GEORGETOWN: Kerajaan Negeri dan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) akan menerima rangsangan pelaburan baru apabila pusat membeli belah IKEA yang dibangunkan oleh Ikano Pte Ltd akan dibina tanah seluas 98 hektar di kawasan Batu Kawan, Seberang Perai Selatan (SPS). 

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, berkata selain pusat membeli belah IKEA, kawasan itu juga akan didirikan pejabat serta kediaman yang akan dibangunkan bersama Aspen-Ikano (syarikat usaha sama yang akan dibentuk oleh Aspen Wawasan Land Sdn Bhd dan Ikano Pte Ltd). 

Keseluruhan pembangunan komersial di kawasan tersebut dijangka siap dalam tempoh 10 tahun dari tarikh perjanjian," katanya pada sidang media bagi mengumumkan perkara tersebut di pejabatnya di sini, hari ini. 


Beliau berkata jumlah kos tanah bagi projek berkenaan ialah RM483.95 juta dan bayaran perlu dibuat dalam tempoh 60 bulan dari tarikh perjanjian, manakala deposit sebanyak RM5 juta yang dibayar kepada PDC juga tidak akan dikembalikan.

Katanya dengan adanya pusat menbeli belah IKEA di kawasan SPS, ia akan berupaya membangunkan kawasan di bahagian tanah besar sebagai destinasi pilihan yang menarik untuk belajar, bekerja dan hidup dengan baik serta selesa.

"Kita sangat bangga kerana IKEA telah memilih Pulau Pinang sebagai destinasi pertama untuk pembukaan perniagaannya di luar Kuala Lumpur, selepas ini penduduk Pulau Pinang tidak perlu pergi ke Petaling Jaya untuk membeli belah di IKEA," katanya.

- BERNAMA

4 comments:

UMIE SUE said...

fuuhh..suka la adik su ada ikea ni ..dia duk sana..

lesungpipit said...

Hehehe...kite pon suke la klw btol ikea ade kt cni...slalu bace blogger susunatur trun ikea...kite cni blh bace je la...nk g x kesmpaian....

syazai86 said...

Kn turun PJ gak....sbb lmbt lg nk bukanya....hihihi...

Mama Rocky! said...

wah..iKea pecah pi utara tu..syioklah orang utara nanti.. ")

Saat Aku Melihat Dunia

Aku Terima Maharnya

Nurul Insyirah bt Muhamad Hafiz

Nurul Iman bt Muhamad Hafiz

Designed by UMIESUEstudio 2014 FOR INSYIMANHAFIZ