Followers

Sunday, October 26, 2014

#ClothDiaper : Pengenalan

Assalamualaikum wbt...
Rini bonda nk bercerita mengenai #clothdiaper...

Cloth Diapers atau lampin kain mempunyai beberapa jenis design iaitu

* All in One
AIO cd adalah cd yang insertnya telah dijahit terus bersama inner, jadi ia boleh terus dipakai kepada bayi.
Cd jenis ini menjimatkan masa kerana tak perlu dimasukkan insert untuk dipakai kepada bayi.
Namun begitu, cd jenis ini mengambil masa yang lebih lama utuk kering kerana bahagian dalam yang tebal.



** All In Two
AI2 cd ni pula didatangkan dengan cover dan insert yang permukaan atasnya mempunyai fabrik yang boleh direct pada kulit bayi seperti bamboo atau fleece.
Insert akan diletakkan di atas cover jadi setiap kali bayi pee atau poo, hanya perlu tukarkan insert tanpa menukar cover jika cover masih bersih.
Kebanyakkan insert bagi cd jenis ini mempunyai lapisan fabrik yang boleh direct pada kulit bayi seperti bamboo,suede atau fleece.



*** Pocket Cd
Cd jenis ini yang paling banyak di pasaran. Cd jenis ini amat mudah dipakai, insert perlu dimasukkan ke dalam poket yang disediakan. Cd ini lebih cepat kering berbanding cd AIO kerana cover dan insert dapat dijemur secara berasingan. Cd ini agak leceh kerana perlu dimasukkan insert ke dalam poket. Namun begitu cd ini mudah dikendalikan.
(bonda prefer CD ni)



Terdapat 3 bahagian utama pada cd iaitu
* cover yang merupakan lapisan material kalis air paling luar, ** inner iaitu lapisan kain sebelah dalam dan
*** insert iaitu kain yang berbentuk pad yang mempunyai beberapa lapisan kain berfungsi menyerap dan menakung cecair.

Material inner kebanyakkannya terdiri daripada microfleece, microsuede atau bamboo yang berfungsi menyerap cecair dengan cepat dan memberi efek kering kepada bayi.

Material bamboo adalah material yang baik yang menyerap cecair lebih cepat dan sesuai untuk bayi yang mempunyai kulit sensitif kerana ada sesetengah bayi alah kepada microfleece.

Insert pula terdiri daripada material microfibre atau bamboo. 

Microfibre tidak digalakkan diletak terus kepada kulit bayi kerana kuasa serapannya yang kuat boleh menyebabkan kulit bayi terlalu kering, namun begitu material bamboo boleh digunakan terus kepada kulit bayi.



Double Row Buttons

Double row buttons lebih baik daripada single row kerana button pada row kedua berfungsi mengatasi drop wing dan membuatkan pemakaian lebih kemas di bahagian peha bayi.



Gusset
Gusset adalah jahitan kedutan di bahagian tengah inner yang berfungsi menghalang bocor di bahagian peha.
Sesuai untuk bayi yang mempunyai poo yang cair.

sekian.

luv insyimanhafiz,
peace

2 comments:

Ayu azmir said...

Da pernah pakaikn sarah dulu... ok... menjimatkn.... to kalo kita duk uma jaga anak sendiri mmg berbaloi... kalo anta taska ke uma orang mmg tak la...

bondalesungpipit said...

ayu azmir : Alhamdulillah...BS sy ok je handel CD...

Saat Aku Melihat Dunia

Aku Terima Maharnya

Nurul Insyirah bt Muhamad Hafiz

Nurul Iman bt Muhamad Hafiz

Designed by UMIESUEstudio 2014 FOR INSYIMANHAFIZ